Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Thursday, 23 June 2011

Awas!! Jika Anda Sering Memukul Anak







Assalamualaikum...Sahabat-sahabat yang sentiasa cermelang dalam hidup.....kali ini aku nak berkongsi post aku berkaitan Kesan apabila kita kerap memukul anak.


Aku juga tak terlepas daripada secara tak langsung...telah memukul anak dan aku rasa tiada beza selepas aku memukul anak aku. Aku juga korang juga bersetuju dengan aku...kerana dari survey yang aku sendiri buat....anak zaman sekarang memang tak makan saman...termasuk la anak aku.Aku tengok lagi lain macam adala...huhuhu


Aku pun menggunakan teknologi yang ado...Aku search..dan aku rasa ada beberapa perkara yang kita boleh kongsi di sini....teruskan membaca...



SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Menghukum dengan pukulan
Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan
.



Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.


Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.


Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.



"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
"Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.


"Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin.


Sering dipukul akan menjadi pemukul!!!!


Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.

Apa macam??? sekarang kalian rasa adakah dengan memukul anak, anak kita akan menjadi lebih baik..aku rasa anak mungkin akan jadi seorang yang pendendam...mungkin kita boleh guna pendekatan dengan memujuk. tapi aku pernah buat juga...kadang2..kita tak sedar..kita terus tampar or cubit dia. Setelah itu, aku lihat kesan nya..anak aku akan tampar adik dia seperti mana ibu tampar abang Long..Dari situ aku dah nampak...aku tak boleh menghukum dengan memukul...


Semoga kita dapat iktibar dan ilmu bersama...terima kasih kepada yang sudi berkongsi...jika kalian ada pandangan dan nasihat..boleh komen di bawah...saya amat alu-alukan pandangan dan nasihat anda untuk tidak terus membuat silap...














2 comments:

niena shopping2u said...

mendidik ank ngan cara memukul sgt2 xelok... bila sering dipukul akn timbul perasaan dendam & benci pda anak tu.. dia akn tmbah degil, xmo dgr ckp org..

Puan Salwa said...

pn. niena...sangat setuju..tapi sometimes mmg tak leh nak sabo jugak...hehhehhe...