Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Thursday 10 November 2011

SELAMAT TINGGAL....

Selamat tinggal...
segalanya sudah hilang..
tiada kata, tiada rasa...
hilang sudah rasa hati..
mati sudah jiwa ini..

Selamat tinggal..
pergilah ia yang pernah aku kenal..
pergi bersama debu-debu kecil itu..
pergilah ke arah yang akan bahagiakan kamu...
pergilah bersama rasa itu..

Selamat tinggal...
kerana tiada kemaafan
kerana tiada simpati
kerana tiada percaya
kerana tiada kata..

Selamat tinggal..
wajah ini sudah tiada tawa..
senyum ini bukan lagi ikhlas
pandangan ini tiada kearah itu..

ketahuilah..
tiada apa untuk diungkap..
tiada apa untuk kau harap..
tak kan mulut ini bersuara..
jangan di paksa hati di patri..
kerana sudah pasti ia menjadi benci...

Selamat Tinggal Segalanya..
yang terjadi tersurat dibumi..
biarlah sepi itu menjadi keindahan
yang bukan impian kita..