Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Thursday 23 June 2011

Awas!! Jika Anda Sering Memukul Anak







Assalamualaikum...Sahabat-sahabat yang sentiasa cermelang dalam hidup.....kali ini aku nak berkongsi post aku berkaitan Kesan apabila kita kerap memukul anak.


Aku juga tak terlepas daripada secara tak langsung...telah memukul anak dan aku rasa tiada beza selepas aku memukul anak aku. Aku juga korang juga bersetuju dengan aku...kerana dari survey yang aku sendiri buat....anak zaman sekarang memang tak makan saman...termasuk la anak aku.Aku tengok lagi lain macam adala...huhuhu


Aku pun menggunakan teknologi yang ado...Aku search..dan aku rasa ada beberapa perkara yang kita boleh kongsi di sini....teruskan membaca...



SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Menghukum dengan pukulan
Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan
.



Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.


Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.


Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.



"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
"Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.


"Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin.


Sering dipukul akan menjadi pemukul!!!!


Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.

Apa macam??? sekarang kalian rasa adakah dengan memukul anak, anak kita akan menjadi lebih baik..aku rasa anak mungkin akan jadi seorang yang pendendam...mungkin kita boleh guna pendekatan dengan memujuk. tapi aku pernah buat juga...kadang2..kita tak sedar..kita terus tampar or cubit dia. Setelah itu, aku lihat kesan nya..anak aku akan tampar adik dia seperti mana ibu tampar abang Long..Dari situ aku dah nampak...aku tak boleh menghukum dengan memukul...


Semoga kita dapat iktibar dan ilmu bersama...terima kasih kepada yang sudi berkongsi...jika kalian ada pandangan dan nasihat..boleh komen di bawah...saya amat alu-alukan pandangan dan nasihat anda untuk tidak terus membuat silap...














Wednesday 22 June 2011

Orang-Orang Yang Sensetif...

Assalamuaalaikum.....
      Apa khabar member-member yang sentiasa menyokong aku...korang baca..tanda korang sokong la penulisan aku..hehhe tq dear..
      Aku hari nie tak bagi tip..cuma nak mencurahkan sedikit pandangan dan rasa hati aku yang sememangnya berbeza dengan orang lain....Antara tercetusnya blog aku nie pun dari sebab orang-orang yang sangat sensetif...sehingga terkeluar dari fikiran aku " perlu ke sangat nak jaga hati perasaan dia??"..sampai nak bercakap..aku kena susun ayat..tanya hubby...terasa ke kalau i cakap begitu..begini...?? perlu sangat ke kerana dia kita kena putaqq sikap kita kerana nak sangat menjaga hati dia...
     Ok. disini aku terangkan " Menjaga Hati " dari pandangan aku.. kalau aku nak berkata first aku akan perhatikan :-

  • Peribadi sesorang itu.
Kalau aku tak kenal dia..aku akan amik masa untuk scan or baca pergerakan dia..tengok dia jenis org yang macam mana...aku tak kan suka-suka nak cakap atau bergurau dengan dia...

  • Orang itu aku hormat : Boss, Mak Abah , Suami DLL yang patut aku hormati
Aku tak kan cakap lepas kalau orang tue memang boleh pindahkan aku ke department lain kalau aku kuanq ajaq..aku pun waras lagi babe....

  • Pada aku, Aku suka orang yang flexible...
Aku suka orang yang boleh tolak ketepi..ke tengah...maksud aku..kita boleh bergurau...dia pun open minded..aku juga cuba untuk jadi orang yang flexible...semua orang suka berkawan dengan kita..coz kita boleh terima gurauan...Aku rasa semua orang suka kan...

  • Kalau aku rajin..aku akan tanya No. IC dia dan aku start buat pengiraan Tarikh lahir dia..
Kalau aku rajin la...Dari seminar Dr. Azizan yang aku dah pegi...aku akan buat...kalau dia jenis sensetap..aku akan jauhkan diri..dan tak kan berkawan baik..kawan ala kadar jer..coz aku tak nak kerana dia tak paham personaliti aku...dah jadi kes..antara senarai BFF yang telah aku remove kan...aku pun tak suka babe...kejam dah tahap remove....tapi aku tulus kan....tettt

Aku tak bangga aku buat blog..aku cakap lepas..aku cuma tercetus setelah aku jumpa orang yang sensetif dan aku tak larat nak jaga hati orang yang begitu...so..blog ini memang untuk aku cerita apa sahaja yang ada pada fikiran aku..untuk aku rasa tak salah kalau akau berterus terang..tidak jadi bermuka-muka...itu aku kata betapa aku terlalu TULUS dalam berkata..sampai orang tak boleh terima pandangan aku kan....

Itu sahaja yang aku terpikir..untuk yang baru mengenali aku...Puan Salwa nampak je garang...( tp boss aku pun kata aku garang..macam mana nie...) kalau kawan-kawan yang kenal aku secara peribadi..korang tau..aku jugak sangat sensetif kan....tapi aku cuba untuk tidak terlalu sensetif...jangan terbawak sangat dengan jiwa kacau itu...
    Setiap orang ada pandangan tersendiri...aku cuba jaga sensetiviti orang..tapi kalau semua perkara take serius...korang follow la http://www.blogpalingserius.blogspot.com/ ...itu memang untuk korang ( tapi tak serius pun..hehhehe)...
   Penghujung kata...aku mohon maaf pada yang sensetif pada kata-kata aku...tak salah cakap lepas..cuma orang yang dengar tu..jangan nak serius sangat...aku kalau nak cakap lepas pun kat kawan-kawan yang kenal sangat Puan Salwa...aku pun tau jugak nak bercakap tengok tempat....tettt.....

Sunday 19 June 2011

Anak-anak Adalah Cermin Diri Kita...

Mesti Baca!!!
Assalamualaikum...Sahabat yang bisa berkongsi apa sahaja nasihat dan kata-kata perangsang..untuk aku lebih berjaya di masa kan datang...
   Hari ini aku rasa sifat keibuan berada tahap -ve 8...entah la..aku bingung..aku buntu...
Ok..aku cerita serba sedikit latar belakang aku...aku mempunyai dua orang anak...yang abang nya berusia 3 tahun 3 bulan yang aku beri nama nya Ameer Danish dan anak pompuan aku..Cinta Nur Jannah berusia 10 bulan..aku rasa masalah aku nie biasa..tapi bagi aku yang baru mengalami...aku bingung...aku tak tahu apa yang harus aku lakukan...hari nie koje aku search internet...mencari tajuk :-
              "  Bagaimana Menangangi sikap anak yang cemburu pada adiknya"...
 Haaa...itu lah Masalah aku......Hari ini saja aku tak tahu berapa kali cinta kena sepak dengan abangnya...kena lempang..kena tumbuk..kena tolak....kena tarik kaki masa baru nak merangkak...aku jadi bingung....yang si adik pun tak pernah serik...tiap kali abangnya tumbuk...dia tetap pegi kat abang...dengan pelahan dari belakang...tarik rambut abang sambil mulut menjerit marahkan abang dia..dengan guna bahasa dia saja yang tahu....tapi ibu tahu..cinta memang nak balas kat abang dia balik...boleh korang bayangkan tak??
  Ibu dan Ayah???  kami jadi tarzan Bukit Subang...grrrrrr......
So..sedang aku mencari doa-doa yang perlu aku amalkan...kat sini aku terjumpa satu blog yang kita boleh share entry dia berkaitan Anak-anak adalah cermin diri kita...


Reaksi Anda akan Menentukan Sikap dan Perilaku Anak. Anak merupakan cermin dari perilaku orangtuanya, jadi ketika membaca point-point di bawah ini,Kaji diri anda, adakah anda memberikan contoh yang baik atau buruk kepada anak-anak anda.

  1.   Anda suka mengritik maka anak Anda akan belajar mengutuk dan mengeluh
  2. Anda suka menciptakan suasana permusuhan maka anak Anda akan belajar berseteru
  3. Anda suka mengingatkan, maka anak Anda akan belajar hidup prihatin dan tak berani berbuat sesuatu.
  4. Anda suka mengasihani anak maka anak Anda akan belajar mengasihani diri sendiri
  5. Anda suka mencemuh maka anak akan belajar menjadi pemalu
  6. Anda suka cemburu maka anak akan belajar iri hati
  7. Anda suka memalukan  anak maka ia akan belajar merasa bersalah
  8. Anda suka mendorong maka ia akan belajar percaya diri
  9. Anda suka bertoleransi  maka mereka akan belajar sabar
  10. Anda suka memuji maka mereka akan belajar   menghargai
  11. Anda menerima anak anda seadanya,mereka akan belajar mengasihi
  12. Anda mendukung anak maka mereka akan menyukai diri mereka sendiri
  13. Anda mengakui mereka maka mereka akan belajar untuk mempunyai sasaran
  14. Anda suka bersedekah  maka mereka akan belajar bermurah hati
  15. Anak diasuh supaya jujur maka mereka akan belajar mengatakan yang sebenarnya
  16. Anak merasakan keadilan maka mereka akan belajar bersikap adil
  17. Anak banyak merasakan kemurahan dan pertimbangan maka mereka akan belajar menghormati
  18. Anak merasa tenteram maka mereka akan belajar percaya pada diri sendiri dan orang di sekelilingnya
  19. Anak merasakan persahabatan maka mereka akan belajar bahwa dunia ini menyenangkan
Pastikan Anak Anda belajar hal-hal yang baik dari Anda dan Kehidupan di sekelilingnya. Kerana anak anda adalah cermin bagi diri anda.

Korang semua dah baca...aku lepas dah baca...aku perlu muhasabah diri aku...memang aku nampak sedikit sebanyak anak aku ikut sifat baran aku..terutama danish..aku memang silap dalam mendidik anak..mungkin aku terlalu garang dan tegas..sehingga dengan adik dia juga akan marah seperti mana ibu memarahi dia...masih belum terlambat untuk aku ubah diri aku sebagai ibu..serta aku harap post aku kali ini memberi pengajaran dan ilmu kepada sahabat yang mengalami nasib yang sama seperti aku...
    Anak-anak adalah anugerah dari Allah kepada kita..siapa kita untuk biarkan mereka melukis dan mewarna corak kehidupan mereka sendiri....tugas kita adalah mendidik dan membimbing...semoga kita beroleh rahmat dari yang Esa...Amin.....


 Gelahat Adik yang berani dekat ngan abang dia....kusyuk dengar taklimat abang dia....


 masa tengah baik......


 adik mengamok..abang demam....sekian...abis daa......

Saturday 18 June 2011

HaPPy DaDDy DaY....

Assalamualaikum....
      Di pagi hari ahad nie...aku di datangi mood untuk blog aku nie....setelah hari-hari sebelumnya aku tak mood langsung nak berkongsi cerita....
      Kali nie aku nak tuju lagu....hehheheh...aku nak berkongsi rasa seperti anda semua yang menyambut hari bapa...sebenarnya aku dah ter"wish" awal kat En.HZ..aku ingat 16/6/2011...rupe nye org sambut hari nie...so tak pe...aku pun dah buat planning...nak sambut father day kat kedai nasi kandar...di sebabkan kami lama sangat tak makan nasi kandar. Masa mengandungkan Cinta..aku jadi tak suka nak makan nasi mamak or makan kat kedai...aku suka masak sendiri...
       Dikesempatan ini..aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada Ayahnda tercinta EN. AHMAD ZAINI BIN HJ. TALUT DAN TERISTIMEWA...AYAH KEPADA PUTRA DAN PUTERI KU...EN. HAMDAN BIN ZAINAL...
       Kalian adalah orang terpenting dalam hidup aku...tanpa kalian aku bukanla Puan Salwa dan puan Salwa juga tak wujud kat dunia nie....untuk kalian..aku karangkan puisi sepontan aku...hanya untuk kalian yang bernama Ayah....

Abah....
Kutatap raut wajah sunggul mu...terpancar pelbagai persoalan di benak mu...
sakit mu....perjalanan hidup mu...anak-anakmu....hidupmu...matimu...dan Tuhanmu....
tiap kali mata kita bertentangan...aku pantas kalihkan pandangan...
kerana dulu aku takut dengan ketegasan mu...terlalu sukar untuk abah pancarkan senyuman...
dulu...aku takut membuat kesalahan...jika abang dan kakak di marahi...aku akan lari jauh darimu...sedikit sebanyak..jurang itu membuat kita jauh..
Abah.....
Hari ini aku adalah seorang ibu...aku telah miliki keluarga aku sendiri....
Dan abah jauh dariku...baru kini ku rasa mahu sentiasa menatap wajah abah...ingin menjadi kawan dan anak yang sentiasa sedia membantu jika abah inginkan pertolongan....
Abah...
Walau kita tak pernah menyatakan sayang dan rindu...tapi ketahuilah...sayang dan rinduku terlalu dalam...aku takut kehilangan abah...kerana aku tiada apa yang aku berikan dalam hidup untuk membalas kasih sayang dan pengorbanan abah...
Ya ALLAH...aku memohon pada-MU...Berikan lah abah ku kesihatan yang baik...Engkau kurangkanlah penderitaan sakitnya...kau ketemukanlah jalan buntu sakit yang abah aku deritai hari ni...walau pelbagai doktor telah usahakan...aku mengharap pembedahan kali ini berjaya dan abah dapat merasai kebahagian hidup...
Abah...Wa terlalu sayangkan abah..tapi aku tidak tahu untuk ungkapkan perasaan ini....anakmu mengharap abah di beri kesihatan yang sihat..dan masih beroleh kebahagian kita sekeluarga....


Gambo abah masa mudo-mudo dulu.....




Kepada en. Suami....

Sayang...Selamat Hari Ayah..
awak telah menjadi ayah yang terbaik bagi putera dan puteri ku...
Sifatmu yang penyabar dan penyanyang pelengkap kepada keluarga ini
Sayang....
Aku bertuah kerana memiliki awak sebagai suami..sahabat dan teman karibku..
menjadi mendengar setia setiap kisah ku yang tercipta dalam hari-hari ku..
Awak telah melakukan yang terbaik untuk kami anak-anak
Aku memohon maaf..kira selama kita bersama...aku seorang ibu yang mementingkan diri sendiri..
tegurilah aku..dampingilah aku dengan penuh kasih sayang...
insyaalah..akan aku menjadi ibu dan isteri yang terbaik untuk keluarga kita...
Terima Kasih Sayang..dan Selamat hari Bapa....
Ibu sayang Ayah.....




Percuti keluarga ke PD.






Friday 17 June 2011

Darling Caw.Jalan JKR

Assalamualaikum....


Sahabat-sahabat semua...terutama staff JKR Caw. Jalan yang telah memeriahkan majlis Malam Mesra Caw.Jalan...post aku kali nie khas buat darling-darling yang telah serikan malam mesra tersebut....
    Aku pun tak da story lebih-lebih...cuma nak berkongsi kegembiraan dan rasa puas hati..setelah 2 minggu berlatih dan terima kritikan serta sokongan dari bos-bos kami...rasa kami boleh tarik nafas lega yang panjang,..kami rasa macam nak raikan sahaja...setelah majlis yang telah lama dirancang berjalan dengan begitu lancar...walaupun terdapat banyak kekurangan dalam majlis tersebut....takpe..kita pejam mata jer yang tak berapa nak cantik tue...
    Aku pun tak sempat nak snap banyak gambar pada malam penuh glamour semalam...yang datang memang sangat sporting dengan tema hitam dan merah.
    Pertama...Nak ucap banyak-banyak terima kasih kepada guru tari kami yang bersabar dengan kami yang memang tangan teknikal berubah menjadi lemah gemalai nie..Pn Sitti Supidah..walau pun kecik..semangat di Bawah bayu dia sangat kuat...dan tradisi negeri dia sangat berpegang kuat...bagus..untuk generasi yang akan datang....
    Syabas...Kepada 8 orang penari darling-darling yang sangat sporting...rasanya korang lepas nie gian nak menari lagi....nie kita tengok dulu gambar2 yang sempat kita posing...layan......


Nie pulak korang nak hilang kan gabra korang...buat la aksi sentapp bagi mak tak tahan kan.....
   Korang memang suka bergambar kan.....ini gambar setelah selesai acara..semua muka-muka happy n puas hati..dan rasa nak menari lagi kat pentas kan...syabas..u ollss..memang super duper best...










Monday 13 June 2011

Kesan Dari Drama NORA ELINA....

Assalamualaikum.....
  
    Pagi-pagi lagi dah bukak lappy..baca blog Ben perihal Nora Elina....Tapi nak habaq cerita nie bagi impak maksima pada aku buat masa nie la..
    Kita cerita asal pembikinan drama nie...barulah aku tau cerita ini di adaptasi dari sebuah novel yang berjudul Kasih Yang Suci Karya Meen Zulaika..keluaran karangkraf...
 Kepada kawan-kawan ku di luar...kalau korang ada buku nie...aku nak pinjam...coz sejak dah kawen nie pun aku dah lama tak membeli dan baca novel...kesian aku..
    Ok..kita berbalik pada kesan drama ini...apa yang jadi kat aku :-
  • Aku nak balik awal je dari office...En.HZ ingat maybe nak cepat amik anak kat pengasuh...aku tak sabo nak tgk drama tu..nak lagi minggu nie episod akhir..
  • Masa makan..buat keje..teringat...apa kesudahan cerita nie..kadang-kadang dalam kepala otak..dok buat jalan cerita sendiri...sebab tak sabar nak tunggu episod seterusnya lah....
  • Lemah gemalai, gigi siti saleha ( nora Eliana) , body dia yang seksi masa pakai skrit ala-ala ayu tu...buat aku melayang...kalau lah aku...adik sam bunkface....hahhhaa.....jelous babe...dari kaca mata pompuan nie...kaca mata laki...aku tak leh kata la...sebab utama mesti tak tak body dia je...bukan cam aku..suka tengok gigi dia...chantek...takda pagar...( jangan marah www.gigiepagar.blogspot.com )
  • Aku suka kat Seth Tan tue...romantis gilers....aku memang telah terpedaya dengan lakonan dia....huhuhu..My Huby pun romantik jugak...tapi romantik tak di buat la...cara tersendiri...tett...
  • Disebabkan minggu nie akhir...aku maybe akan sedaya upaya cari peluang nak tgk cerita nie...kalau rabu nie aku tak balik umah ( siapkan untuk malam mesra jkr)....takpe kat BPKS tingkat 15 ada TV..
Itu la beberapa kesan yang aku terima selepas aku tengok drama melayu nie..aku payah nak tengok cerita melayu...kecuali kalau jalan cerita tak mengarut dan merepek....syabas kepada pengarahnya jet li..( bukan nama sebenar ) kerana memberi kesan kepada penonton...syabas kepas Siti Saleha Dan Aroon azizi...berjaya membuatkan aku dan penonton terpukau dengan lakonan kalian..kita nantikan episod akhir cerita  NORA ELINA...

Selamat menonton,,,


bORAK kOSONG...

Assalamualaikum...Lama aku tak update blog or dairy tercinta aku nie..last cuti sekolah..aku pun pegi bercuti...dimana percutian ini bukan dirancang...ceh....dalam kamus hidup aku..buat perkara klu tak planning awai2..memang bukan aku la..tapi atas sebab2 tertentu..aku dan hubby pun pegi la bercuti...jangan ditanya ape sebab-sebabnye tue..
         Apa perubahan aku selepas kami luangkan masa bersama..selepas lama kami tidak bercuti sekeluarga...kami lebih hargai masa dan pasangan masing-masing...kesibukan masa bersama anak dan kerja..kami lupakan..dan termasuk la blog dan Fb aku..sesungguhnya..memang aku rindukan sangat FB n blog masa bercuti disana...
        Walaupun ini tidak di rancang..tapi aku tahu..apa yang telah berlaku..telah DIA aturkan untuk kami...untuk kami lebih hargai setiap detik hidup kami...Ya Allah...aku berdoa padamu...semoga sahabat ku itu beroleh kehidupan yang bahagia..Perjalanan hidup dia yang telah Engkau rencanakan..hanya Engkau yang Maha Mengetahui...sesungguhnya..hanya Engkau tempat kami mengadu dan meminta pertolongan..Ya Allah engkau aturkan lah jalan hidup dia selepas ini dengan sinar yang abadi
        Sahabatku...aku tahu terlalu getir perjalanan mu bersama anakmu..tapi disudut hati aku ini...aku jugak takut untuk berada ditempatmu...aku mampu membantu dan mendengar...kamu terlalu kuat untuk harungi dugaan ini...kamu dan aku juga tahu..Allah tidak turunkan dugaan ini..jika hambanya itu tidak mampu memikulnya...Sesungguhnya DIA maha mengetahui apa yang telah DIA rencanakan...
          Sahabat..dari cacatan hidupmu..aku simpulkan menjadi peringatan dan panduan dalam hidupku...aku bersyukur dengan kehidupan aku..dan aku akan lebih menghargai dia yang kucintai....aku juga berdoa kamu akan beroleh kebahagian yang kamu impikan.....

Thursday 9 June 2011

PERKARA YANG KEBANYAKAN SUAMI TAK SUKA ISTERI BUAT DAN PERKARA YANG ISTERI TAK SUKA SUAMI BUAT


Assalamualaikum...Hari nie kita kongsi lagi topic Suami dan Isteri..Ini kerana bagi yang telah berkahwin..tempoh masa perkahwinan ni kadang-kadang..kemanisan boleh menjadi kemasaman jugak...coz ada perkara yang bercanggah dengan prinsip hidup masing2..kadang-kadang apa yang kita impikan pada pasangan kita..memang menjadi MIMPI saje..memang dia tak leh nak lentur dah....dah jadi buluh betong pun..hohoho

So..kita berbalik kepada Perkara Yang suami tak Suka Isteri buat Dan Perkara Yang Isteri Tak SUKA Suami Buat..Adilkan aku kali ini..Info ini pun di petik dari FB jugak...so makna nya...Sharing is caring....Apa yang aku dedahkan ini mmg berlaku kat aku jugak..dan mungkin jugak kat tuan dan puan yek..jom layan info terbaek aku jumpe nie... 

Antara perkara-perkara yang kebanyakan suami tak suka isteri buat
Adakah anda isteri yang tergolong dalam golongan ini? 


(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 

1. Kacau suami yang sedang tengok tv 
Isteri: Abang tengah buat apa tu, mari lah tengok sini bang, gigi depan anak kita dah tumbuh.

2. Alihkan barang suami 

Suami: Yah,laptop abang atas peti sejuk ni mana Yah? janganlah alih-alihkan barang abang, susah abang nak cari.

3. Banyak bertanya, termasuklah bertanya perkara yang remeh-temeh
Isteri: Bang, abang rasa jerawat Mah atas hidung ni nak dipecahkan ke tak?

4. Memesan suami membeli barang dalam perjalanan pulang dari pejabat 
(lepas tu banyak sangat songehnya)
Isteri: Hello,bang, serbuk kunyit dah habis lah,abang tolong belikan ya, jangan lupa tau bang, , beli serbuk kunyit cap adabi ya jangan beli cap allagapas, tak kuning sangat. Eh satu lagi, ubat gigi pun habis. Beli jenama Geli, jangan beli Darlie, ingat tau bang.

5. Menceritakan rahsia suami kepada orang lain.
Isteri : Sebenornya suami saya tu banyak bisul kadang kadang tumbuh tang perut, kadang-kadang tumbuh tang punggung.

6. Ketawa dan bercakap kuat di telefon (terutama di hadapan orang ramai)
Suami: Awak kalau bercakap kat telefon suara macam raksaksa nak beranak. Malu saya.

7. Berpakaian selekeh 
Suami: Ini baju ke kelambu yang awak pakai ni?

8. Mengejut suami yang sedang tidur 
Suami: Awak ni, saya baru tidur 10 jam, awak dah kejutkan, kalau saya tak cukup tidur macam mana? Saya juga yang mengantuk.Kalau saya mengantuk, siapa yang susah,?awak juga yang susah.

9. Berleter siang malam, pagi petang 
Suami: Abang rasa baik Kiah masuk pertandingan pidato, mesti Kiah Johan
Isteri; Memang Kiah nak masuk ni, abang apa tau, Kiah penat tau, kiah bla,,,,bla,,,bla
(Bila nak habis da...)

10. Menghalang pandangan suami yang sedang menonton televisyen 
Suami: Amboi,cantiknya punggung dok tayang-tayang depan tv!

11. Membuka bungkusan barang di pasaraya
Isteri: Cepat bang, orang tak nampak, bukak le plastik baju ni cepat, ayang nak tengok. (isteri macam ni ade ye?)
12. Pergi rumah adik-beradik perempuan tak tau nak balik-balik 
Suami: Yam, abang rasa lain kali, bawaklah tilam batal kat rumah adik awak, senang, boleh cerita sampai pagi. 

Perkara-perkara yang kebanyakan isteri tak suka suami buat
Adakah anda suami dalam golongan ini?
(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 


1. Lepas makan tak basuh pinggan.
Isteri: "Hai, basuh pinggan pun tak boleh ke ayang, Jah dah lah penat masak.basuh pinggan sebiji pun berat sangat ke? kalau berat sangat nanti kita guna pinggan kertas"

2. Suka meletak barang merata-rata 
Isteri:"Semua tempat ada barang abang,stoking atas kabinet tv, tali leher atas meja makan. Cubalah abang letak tempat yang abang amik tadi.Anak buat kecah, abang pun buat kecah, rumah dah macam kapal karam"

3. Lempar tuala basah atas katil 
Isteri: "Masyaallah, abang ingat katil ni tepi pantai ke? habis basah cadar, apalah salahnya lepas guna tuala sangkut kat penyindai"

4. Kalau beli barang suruh isteri bayar dulu
Suami: "Sayang bayar dulu lah, abang tak sempat keluar duit, nanti bila ada duit abang bayar balik"

5. Malas nak layan pertanyaan anak-anak 
Suami: "Ayah tak tau, kau tanya mak kau."

6. Bila nak berjalan, suami dah ada dalam kereta -enjin kereta pun dah start 
Suami: Apa lagilah yang awak buat tu,cepatlah sikit, kalau lambat sanga awak naik bas la (padahal isteri tengah terkial-kial menyiapkan anak dan diri sendiri yang tak berapa nak siap-siap)

7. Endah tak endah apabila isteri meminta pandangan
Isteri: Abang,baju mana yang cantik bang, yang warna ni ke atau warna tu?
Suami: Mana-mana aje la, asal ada warna.

8. Suami yang asyik tidur.
Isteri: Bangunlah bang, abang tidur dah 48 jam, tak ingat nak makan ke?

9. Suami yang asyik tanya barang-barang sendiri kat isteri 
Suami: Yang, yang ada nampak tak kunci kereta abang?
Yang nampak tak wallet abang?
Butang baju abang mana Pah....

10. Suami yang terlalu melebih-lebihkan kawan sendiri daripada isteri 
Isteri: Abang ni, sehari tak jumpa atau telefon kawan abang Si Seman tu tak boleh ke? Kalau dah sayang sangat kat Seman tu, abang kawin ajelah ngan Seman tu. ( kalau kawan pompuan, ada berani ke cakap ini ayat? 


Ok...Macam mana babe..Adakah perkara berikut sudah tepu n normal dalam kehidupan rumahtangga korang?? mungkin kita perlu bertanya pada pasangan kita...apa yang dia tak suka kat kita...senaraikan kat papan peringatan kat dapor tu..maybe kita perlu buat satu kelainan dalam rumah tangga...buat pada satu sudut dinding , kalau kreatif lagi bagus...mintak pasangan setiap minggu senaraikan apa yang dia suka pada kita..dan tak suka apa yang kita buat...dan sebaliknya bagi pihak kita...disini kita boleh nampak dan jelas serta boleh perbaiki diri masing-masing demi kebahagian rumahtangga yang kita doakan..agar kebahagian ini berpanjangan hingga ke akhir hayat..insyaallah..kita hanya merancang...Allah yang maha Mengetahui....
 Kepada Kawan2..boleh jugak kita kongsi pendapat dan pandangan.."Apa yang perlu kita buat untuk menambahkan lagi KECERIAAN dalam rumahtangga kita...dah masuk 5 tahun nie...nak rasa macam baru kawen dulu...huhuhu


Wednesday 8 June 2011

8 Perkara Perlu Di RAHSIAKAN dari SUAMI....

Assalamualaikum....
  Fuhh...Tajuk aku nie mesti para-para suami kat luar sana jadi cemas..pa pulak minah nie bagi tip lagu nie...terutama En.HZ..tetibe ralit ngadap blog aku nie....nak tau benor ape yg org umah aku rahsia sgt nie....
    Aku balek majalah mingguan wanita minggu nie...sub tajuk nie buat duit aku tertarik-tarik suh beli majalah nie...aku pun exited gak nak tau..apa yang perlu sangat aku rahsiakan dari suami aku..aku rasa lebih dari 8 perkara aku rahsiakan dari en.suami nie...ok kita terus pada agenda kita...jom simpan rahsia bersama Puan Salwa :-

8 PERKARA YANG ANDA KENA RAHSIAKAN DARI SUAMI ANDA


1) Rasa Tidak Suka Pada Keluarga Dia..


Aku pun rasa benda macam nie tak perlu la kita nak habaq..coz bab-bab darah daging nie kira sensetap gak bagi setengah pasangan...aku pun sensetap gak klu org lain cakap hal tak baik pada family kita...ok...so kita jangan bagi pasangan sensetap la yek...


2) Kenangan Bersama Bekas Kekasih


Ha...nie mmg bahaya...tok sah la cete...tapi kes aku byk sgt bekas kekasih...dia pun malas nak amik tau..coz dia tau..Puan Salwa tak pernah serius...coz i SERIUS pada CINTA yang Satu...En.HZ je la...hohoho...ayat tak bleh blahh...


3) Masalah Keluarga


Bab nie..kadang-kadang aku cete gak...coz dah tak da cete...ooo...rupenye tak elok yek...cete hal keluarga...comfirm pas nie dia dah lama tak dengar gossip liar i...


4) WANG SIMPANAN


Yang nie memang pesanan org tua2...org yang pernah hadapi masalah rumah tangga akan bagi nasihat ini..."SIMPAN DUIT UNTUK PERKARA YANG TIDAK KITA SANGKAKAN"..kita tak harap perkara itu terjadi..tetapi kita ada something yang boleh buat kita bangkit dari jatuh terduduk itu..ini memang sangat penting...SIMPAN DUIT ANDA SENDIRI!!!!!


5) Sifat Buruk


Sifat buruk nie...kita tak yah lah nak cerita..kalau kita suka kentut kuat2 bagi puas ke...suka korek hidung masa drive ke..bg felling masa memandu ke...tido menonggeng ke..tak yah la nak cete...bak kata Dato' CT.."Biarlah Rahsia"...~~bior dia tgk aje tabiat burok ko tue~~..tettt


6) KOS PERBELANJAAN PERIBADI


Haa...nie aku suke...perangai aku dari bujang sampai dah kawen mmg tak suke cerita apa yang aku telah beli..dan berapa duit yang telah abis...cume bila duit dah takda sangat..kita mintak duit "petty cash" dia...baru kita bg tau..."i abis duit beli kasut, ayat solek, baju anak, baju kecik ibu, bedak jenama revlon..seperti yang u tau..semua barang tu mmg harga bernilai tinggi"..hohoho...
aku akan cube sorokkan kasut n baju yang telah dibeli..sampai dia sendiri perasan..tapi selalu benda dah lama baru dia tanya...so ayat kita boleh la bagi .." dah lama la i beli u...u aje baru tgk i"...so..awok selamat la dari terima bebelan dia..tett....


7) Kata Laluan


Emm...nie mmg dia tak tau kot..tapi aku tau kod kata laluan dia...bukan ape..kita mmg keje memantau....nama pun dok ibupejabat jkr malaysia,...mmg koje teman nie memantau aje..kat opis pantau projek..kat umah pantau la aktiviti dia..keselamatan untuk jangka panjangkan..kita sayang la tu namanya.....


8) Rahsia teman


Ok..yang terakhir...rahsia teman...aku cerita gak kat dia..coz dia pun jenis " ada aku kisahh"...dia pun dengar cete aku pun esok mesti tak hingat klu aku tanya kot..coz dia tak amik pusing...so..kawan-kawan ku...jangan risau...rahsia korang my huby tak cete kat org lain..klu korang dengar cete tue..maybe dari mulot danish...coz dia pasang telinga jugak..tettt....


Kepada En.HZ..kalau anda terasa hati..habaq mai la..nanti i delete entry i nie..klu u rasa i nie penuh ngan rahsia..yang lebih dari 8 tue...1 hari akan berkurangan jugak...hahhaa...Jangan marah yek en.suami-suami seluruh dunia..ini hanya picisan coretan dari tangan dan pendirian seorang wanita yang bernama isteri...sifat saling berbincang dan bertolak ansur asas menjamin keharmonian rumahtangga...semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati oleh_Nya...dan semoga anda menjadi Isteri dan Suami yang terhebat kepada pasangan anda...Adioss.....

Alasannya adalah.....

Assalamualaikum...
     Terima kasih lah pada yang dah hayati n dengar lagu syahdu aku tue..disebabkan syahdu aku pun dah hilang..mood happy pun dah tibe....so cerita jadi tak berana nak sedih la...awat aku nangis kat trafic light tue...
Balik umah sambil bersantap ngan En.HZ pun..dia dok tya...pe story yg i tangkap syahdu kat trafic light tu??..may be dia pun nak jadi org pertama yang tau kot...jeng..jeng...aku pun suh dia nantikan entry terbaru aku...mana leh habaq...
    Ok la...kesimpulan dari tangisan aku kat trafic light tu coz tetibe mak tersentapp...terfikir bait-bait lagu....di adaptasi ke dunia realiti aku...aku terfikir yang aku bukan lah wife yang sempurna..ibu yang baik...kawan yang disukai ramai...aku tak matang dlm hal-hal rumah...aku rasa aku tak sempurna pada mata org yg hampir ngan aku..tu aku nangis kot...aku rasa aku tak jadi mcm yang org terdekat aku impikan...so aku sedih..., aku pun sibuk ngan bisnes, fb, n update blog...so..adakah orang yang crazy berblog itu banyak perkara yang dia abaikan?? dek kerana bz ngan dunia maya dia??? adakah anda jugak begitu....kongsikan rasa happy anda apabila berblog...??? cer cete...cer cete....aku nantikan cerita sapa paling happy masa berblog...

Tuesday 7 June 2011

The Reason



"The Reason"

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

and the reason is You [x3]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
 



Assalamualaikum...


Aku nak share setiap bait-bait lagu nie ..lirik nie...dengan korang semua....
Lagu nie mmg banyak kenangan pada aku.
Aku suka lirik dia..semalam tengah aku dengar dalam keta ( nak pi keja)..aku syahdu sekejap...feeling lebih pulak...tak sangka aku menangis kat traffic light...masa tengah feeling lebih la....
    Nak tau kenapa aku nangis...kita sambung nanti...coz aku ada koje nak kena siapkan...for u olls...dengar dan hayati lagu nie.....

Adios...
  

Sunday 5 June 2011

Malam Mesra


ASSALAMUALAIKUM....para bloggers yang tak reti nak tido macam aku nie...fuhzz...babe...Aku di tugaskan untuk buat posters...u olls tau..aku nak pecah usus pikir nak buat poster..coz aku kalau melukis free hands..boleh la...nak grafik nie...lomah lutut den....dah seminggu macam gilers dok pikir..posters for mlm mesra...ni adalah idea paling hampeh dan paling malas nak pikir yang aku siap kan malam nie...aku rasa macam nak serah tugas jak...tapi aku tau tak da sapa nak buat..nie pun aku galas nak amik tugas nie..setelah semua berdiam..last2 aku nak cepat abiskan meeting..aku serah diri..hulur tengkuk...mintak sembelih....tett...
Posted by Picasa

Seorang First Aider..Satu Keluarga..

Assalamualaikum...hai babe...hari nie aku nak story mori isu yang HOT bagi parents hari nie...Akbar muka depan..BAYI 6 BULAN TERCEKIK SUSU...aku yang ada anak berumur 9 bln tetibe bersimpati pada keluarga berkenaan...lepas tgk berita semalam..ibu mangsa pula adalah SAHABAT suami aku..lagi la buat aku terpanggil nak share skit apa yang perlu anda lakukan jika bayi anda tercekik???

JIKA BAYI TERCEKIK...ANDA PERLU..


1. Sangat penting..ANDA JANGAN PANIC!!
cool n ikuti langkah berikut :
2. Anda mestilah duduk dan tangan kiri memegang anak anda pada posisi menerap( tangan kiri di leher anak )..dan tangan kanan tolak dari belakang ke depan sebanyak 5 kali..condongkan sidikit kedudukan bayi anda..seperti gambar yang aku copy kat internet nie :






3. Kemudian kembalikan kedudukan anak kehadapan dengan dua jari anda menekan dada( ulu hati0 bayi sebanyak 5 kali kiraan...ingat..jangan sekali anda jolok jari anda kedalam mulut bayi...ini mungkin menyebab kan benda tersebut masuk kembali ke dalam...( ulangi jika perlu..klu tak kuar lagi benda yang tercekik tue..)
seperti di gambar :




Jika perlu beri bantu CPR...tekan dada bayi 5 kali kiraan dan hembus di hidung dan mulut bayi..jangan sekali picit hidung seperti org dewasa..
 Aku amat berbesar hati kalau kerajaan kita mengambil inisiatif seperi negara Korea yang mengadakan pembelajaran kepada kanak-kanak pra-sekolah tentang pentingnya bantuan kecemasan pertama..aku harap parents,PIBG sekolah,NGO dan kerajaan malaysia peka terhadap isu pentingnya bantuan kecemasan..semua manusia perlu tahu basic BOFA dan CPR..




Aku jugak seorang First Aider Yang Mendaftar..hohoho...



Friday 3 June 2011

KeCeWa Dan HaRaPan...

Assalamualaikum...Sahabat Sejati..anda dirahmati dengan rezeki ilahi...aku disini mengharap doa semoga kita di dikurniakan keceriaan hidup yang hakiki...( ayat tak leh blah...)
  Okey la geng...hari nie nak cete ttg KEKECEWAAN DAN PENGHARAPAN.. dari sebuah persatuan yang kita wujudkan dan mahu menghidupkan objektif sebenar kelab yang kita tubuhkan ini....eeemmm tak nak la cete detail ttg kelab nie..nak cete nama penuh pun mcm takut jer..hehhehe takpe la untuk pengetahuan..Kelab KESUJA ( Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Jalan) Hari nie baru diadakan mesyuarat agong kali pertama setelah sekian lamanye diam tanpa sesiapa yang bersuara....
    So..cete yang nak tulis...TIADA SAMBUTAN DARI GOLONGAN BELIA DAN OTAIMER ...disappointed..tett...betapa besar harapan aku sebagai golongan baru..semangat baru...pada aku persatuan melambangkan bagaimana hubungan kita bersatu dalam apa sahaja perkara...bersatu dalam kesukanan..kebajikan...terlalu banyak yang boleh diperolehi dalam sesuatu persatuan...sifat manusia yang memandang remeh dan berkira dalam semua perkara...betapa Bosan nye HIDUP ...setiap hari perkara yang sama...BoSAn..BORINg...tak happening langsung..HIDUP TIADA CABARAN...( der..aku rasa...aku dah ke laut dah nie...)

   Harapan aku pada kelab KESUJA dan Perlantikan AJK yang kita pilih ini..akan menghidupkan dan menceriakan kelab KESUJA ini..apa yang kita perjuangkan ini..akan berbaloi dengan matlamat kita...
besar harapan aku untuk melihat persatuan ini aktif seperti yang telah kita rencanakan...terima kasih pada yang positif dan sokongan yang telah diberikan.....

Sekitar Mesyuarat Agong KESUJA


Antara AJK yang dipilih....