Assalammualaikum....sedang sibuk kita berhari raya...aku nak share ngan korang ..ape yang aku jumpe kat meja makan masa aku sibuk berhari raya umah sepupu sepapat aku..hehehhe....lantas aku snap pic untuk aku share bersama teman dan aku kiaskan dalam bentuk tulisan untuk kita lebih mehayati erti sebuah perkahwinan itu....
Mari ku khabarkan
perkahwinan itu ibarat sungai
dalam jernih ada keruhnya
dalam tenang ada kocaknya
dalam perlahan ada derasnya.
Mari kukhabarkan
perkahwinan itu ibarat gunung
dalam tinggi ada rendahnya
dalam curam ada landainya
dalam keras ada lembutnya.
Mari kukhabarkan
perkahwinan itu ibarat langit
dalam biru ada mendungnya
dalam bulan ada bintangnya
dalam konkrit ada mujaratnya.
Mari kukhabarkan
perkahwinan itu ibarat laut
dalam mutiara ada karangnya
dalam ombak ada pasirnya
dalam fauna ada floranya.
Pun begitu perkahwinan itu paling indah..
tatkala bersungaikan kesabaran..
bergunungkan keikhlasan..
berlangitkan kerahmatan, berlautkan keimanan...
Nukilan : Zulkifli Mohd Top
Betapa indahnya kehidupan perkahwinan..dengan kita di landasan yang betul...tahu tanggungjawab masing2..dan sentiasa berdoa kebahgiaan hidup sekeluarga...insyaallah...hidup kita bahagia...
Aku tuju sajak ini..kepada mereka yang baru mendirikan rumah tangga...yang dah lama kawen pun boleh..n kepada kawan aku yang sedang mencuba sesuatu yang baru dalam hidupnya....aku doakan kawan ku itu..doa dan harapan dia untuk mendapat suami yang didambakan akan Allah berkati...aku juga mendoakan kebahagiaan ko..heheheh...( aku tak nak tau sapa insan itu..bila sudah jadi aku org pertama pelok ko tau!!!! aminn..)>> maaf hanya yang mengerti saja yang tahu...
Pada hari raya..yang lalu...aku jugak sibuk ke kenduri kawen..ini gambar di hari bahagia korang yang sempat aku rakam...Taniah dan Selamat Pengantin Baru....
Pn. Siti Aminah dan Suami>> Ulu Kinta
Along dan isteri >>> Taiping
Selamat pengantin lama kepada Puan salwa dan Encik Hamdan
>>>> nak jugak masuk gambo..kami...hehehhehehe.....
ini aku snap kat meja makan sepupu aku...untuk share ngan korang semua....
Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....
Saturday, 10 September 2011
Friday, 2 September 2011
Masa yang Singkat....
Assalamualaikum....dalam kelip-kelip mata ini.::sudah hari ke5 kita menyambut aidilfitri...terlalu singkat utk aku berkumpul seluruh keluarga..itu pun tak leh kumpul semua..masing2 dah berfamily...
Dek kerana terlalu letih..dan byk cerita hantu musim raya nie...aku hari nie mimpi ada " benda " yang mahu aku membela dia..tp yang kelako.." dia " bagi barang kat aku bukan keris ke..sabit ke..selendang ke..yg cerita selalu dlm tv tue..dia bagi aku blusher/ pemerah pipi...rupe nye..bila aku pakai blusher tue..benda tue dah boleh menumpang aku...jenuh aku berubat sendiri dalam mimpi aku..tapi aku rasa mmg mcm real...lepas aku tersedar nie..:aku pikir balik:.boleh jugak jadi kan...fuh..serammm aku hari nie..siap blh tgk "dia " terbang sambil menangis coz aku tak nak jadi tuan dia...
Raya mcm nie..kita pun bawak anak2 berjalan..ada bahayanya jugak..aku nasihat korang yang beraya jgn sakan sgt la..hantu setan dah berkeliaran..kita beringat la..terutama anak-anak...banyak perkara yang kena kita jaga..ok la dear..aku nak pi masak pagi ni..ada ruang dan masa..kita kongsi cete pelik aku sepanjang beraya ni...bye sayang...
Sunday, 28 August 2011
Raya di rumah Mertua
AssLamualaikum...apa kabar sahabat..semoga di kesempatan aku masih bernafas dan masih punyai perasaan memaafkan dan meinsafi setiap perkara yang berlaku..aku mohon maaf pada semua insan yang pernah aku sakiti perasaannya..selama aku bersikap sangat tidak kisah akan perasaan org..ampun kepada kalian semua..
Korang raya tahun ini dimana?? Aku giliran di Tepeng with luv la pulak..family aku di Ipoh juga tak berapa nak meriah..aku cube untuk meriah kan diri sendiri..kikiki...so untuk hari ini..kami hanya bersantai di Kg Pak Darus
Korang raya tahun ini dimana?? Aku giliran di Tepeng with luv la pulak..family aku di Ipoh juga tak berapa nak meriah..aku cube untuk meriah kan diri sendiri..kikiki...so untuk hari ini..kami hanya bersantai di Kg Pak Darus
Monday, 1 August 2011
Wasatiah...
Assalamualaikum...ape kabar sahabat di luar sana...terlalu lama aku ambil masa tenang kan diri...kekeke...yg sebenarnya...tak ada perkara yang aku rasa nak kongsi ngan hangpa...ok la tue...tandanya..."tak sibuk hal org kan...tett...
Aku nak sentuh isu yang aku cuba nak berazam tahun nie.."BERWASATIAH" dalam apa saja perkara...maksud nya bersederhana dalam segala hal...termasuk la hal-hal orang...itu motto aku pada bulan ramadhan nih...boleh gitu???
"Apa pun boleh puan sal uitt"...bukan pa...bulan ramdhan nie..ayah aku masih dihospital HKL..mak setia menemani abah..aku rasa keghairahan seperti sebelum ini tiada...mungkin risau dengan keadaan abah...semoga abah cepat sembuh dan dapat menyambut aidilfitri di Ipoh...tak best la raya kat KL nih...
Dalam niat nak berwasatiah nih...baru pagi tadi dok cakap kat Mr.huby..." raya nie kita beli langsir kat ikea yg kita tengok tu yek"...Mr.Huby dengan muka tak bajet raya nie langsir umah akan bertukar pun menjawab.." untuk tingkap 3 panal saje dah 3 ratus...ishh...>>>...aku dah start muncung...dia pun jawab..." tunggu bonus..."..semua benda tunggu bonus...pas tue..aku terus kepada niat asal aku "BERWASATIAH puan Salwa...."
Kepada Mr.Huby...takpe la klu selalu baju raya i 2 pasang...dpt sepasang pun takpe...tapi baju anak-anak..i rasa nak kena tambah..kekekek....Hopefully aku dapat bersederhana dalam segala hal...misi untuk mulakan bisness sangat berkobar-kobar..aku akan cabar diri..untuk menambah pendapatan..aminn....
Aku nak sentuh isu yang aku cuba nak berazam tahun nie.."BERWASATIAH" dalam apa saja perkara...maksud nya bersederhana dalam segala hal...termasuk la hal-hal orang...itu motto aku pada bulan ramadhan nih...boleh gitu???
"Apa pun boleh puan sal uitt"...bukan pa...bulan ramdhan nie..ayah aku masih dihospital HKL..mak setia menemani abah..aku rasa keghairahan seperti sebelum ini tiada...mungkin risau dengan keadaan abah...semoga abah cepat sembuh dan dapat menyambut aidilfitri di Ipoh...tak best la raya kat KL nih...
Dalam niat nak berwasatiah nih...baru pagi tadi dok cakap kat Mr.huby..." raya nie kita beli langsir kat ikea yg kita tengok tu yek"...Mr.Huby dengan muka tak bajet raya nie langsir umah akan bertukar pun menjawab.." untuk tingkap 3 panal saje dah 3 ratus...ishh...>>>...aku dah start muncung...dia pun jawab..." tunggu bonus..."..semua benda tunggu bonus...pas tue..aku terus kepada niat asal aku "BERWASATIAH puan Salwa...."
Kepada Mr.Huby...takpe la klu selalu baju raya i 2 pasang...dpt sepasang pun takpe...tapi baju anak-anak..i rasa nak kena tambah..kekekek....Hopefully aku dapat bersederhana dalam segala hal...misi untuk mulakan bisness sangat berkobar-kobar..aku akan cabar diri..untuk menambah pendapatan..aminn....
Tuesday, 19 July 2011
PeNaKuT...

Lirik Lagu Penakut – Yuna
Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya
kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
dan bila tiba saat aku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan
Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
ini bukan milikku
Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku
Aku suka sangat lagu nie...banyak gelora dalam hati nya yang sukar untuk di ungkap..betapa berat untuk dia menyatakan hakikat..dan harus terima hakikat...lumrah kehidupan...semua orang akan merasa perasaan begitu...aku tak terlepas juga pernah di duga dengan perasaan begitu....
Apa yang boleh aku simpulkan dalam hakikat kehidupan yang pernah aku lalui dulu...CINTA ini biar dia datang dengan sendiri...RASA itu datang dari ALLAH..jika DIA mengkehendaki CINTA itu datang...biarkan cinta itu mengalir dengan sendiri..mereka sekeliling datang dengan tekanan...bagaimana kita hadapi itu sebagai usikan kata-kata...Betapa INDAH jika RASA itu ALLAH beri pada mereka yang telah ALLAH aturkan AKAD dan IJABNYA...percayalah ALLAH telah berimu pasangan yang terbaik buat mu..jika masih tidak ketemu..ketahuilah..ada yang lebih baik untuk mu...
Monday, 11 July 2011
PENGKIANAT KAWAN!!!!

Assalamualaikum...
Kali nie post aku..aku tuju khas kepada " penyampai Mohor Besar" a.k.a " penambah ajinamoto" harap korang paham perangai manusia yang sebegini hebat.Maksud aku perangai manusia yang dah nampak kawan dia sedang bersengketa..dia pulak jadi tukang sampai berita dan penambah berita..secara tak langsung..menambahkan lagi keruh keadaan yg sedia ada keruh..dari kawan tu nak baik..datang penghasut yang aku gelarkan dia " Penyampai Mohor Besar " kepada Sang Ratu Sanubari dia...
Kalau korang berada dalam situasi aku..korang tau tak orang tu aku bayangkan tu, dia seorg yang sangat tak amik tahu hal org..tapi dalam diam mata, telinga dan macam-macam yang ada kat anggota badan dia tu...terangsang kalau dengar apa sahaja cerita pasal aku..terus dia akan mengadap Sang Ratu Sanubari dia..lantas segala cerita dipersembahkan pada ratu kesayangan dia tu...boleh bayang tak betapa HINA manusia sebegitu...Depan kita dia mungkin manusia yang tak kisah pasal orang sekeliling...belakang kita..dia lah "Penyampai mohor Besar"..
dia mungkin jugak PENCINTA Blog aku...kikikikiki.....
Sebabnye aku rasa dia rajin pulak selak blog aku nak tahu cerita terkini...kot boleh jadi bahan...
So..kalau ko terasa ko itu orang yang aku maksudkan...so ko adalah antara senarai BFF yang aku dah delete..( BFF sangat la...plz yoe...)
Pada pandangan aku la...manusia yang suka jadi "Penyampai Mohor Besar" nie yoe...dia jenis manusia yang tak leh tengok Orang lain Bahagia atau happy....( ko jeles kan???)
Betui tak ko jenis manusia yang macam tue?? Sebab ko TAK BAHAGIA CAM ORG LAIN....Org mcm nie suka tengak orang berbalah...sebab tue KO TAK BAHAGIA...ko dah berjaya keruhkan keadaan..kenapa ko tak jadi manusia yang diamkan diri..dan jangan amik tahu hal orang lain...kan dah aku buat blog khas untuk ko..
Sekarang apa yang ko kena buat???...ko jangan nak keruhkan keadaan..ko hanya perlu DIAM...biarkan apa yang sedang berlaku...biar berlalu...( tu pun nak aku ajar ke??)
Aku tak tahu, kalau manusia ini, yang betul sedang berniat memang nak perlakukan perkara sebegitu terhadap aku..dan aku memang ikhlas pernah percaya pada dia..ketahuilah NILAI KEPERCAYAAN AKU SUDAH HILANG...tahu tak apabila NILAI KEPERCAYAAN sudah hilang...segala yang ko ungkap..semua DUSTA yang aku dengar..sebab ko pernah KIANAT kawan ko sendiri..Maka..BERBAHAGIALAH kau di sampingnya...huhuhuhu....
Ok. Aku dah buat post pada ko yang berjaya mengeruhkan keadaan mereka yang geloraA jiwanya..kalau ko suka...terima kasih la..ko dah glamer secara tak langsung....kalau ko BAHAGIA dengan cara begini TERUSKANLAH....TERUS UNTUK TIDAK BAHAGIAKAN ORANG..KERANA KO ADALAH GOLONGAN ORANG YANG TIDAK BAHAGIA...tettt.....
Saturday, 9 July 2011
Wayang semata-mata....
Assalamualaikum...sahabat yang ikhlas menyokong aku dan sentiasa bersama aku...terima kasih sahabat....Dah lama aku tak menulis..dan sebegitulah juga..pelbagai kisah terjadi dalam hidup aku...bagai ujian yang menduga...
Dalam seharian kita melangkah di bumi Allah ini..kita sering diduga dengan pelbagai kerenah manusia...di mana pementasan ini benar menjadikan mereka pelakon yang sangat hebat...sukar untuk dimengertikan...
Aku???...Ya...sifat keikhlasan aku dalam berkawan telah menjadikan aku lebih berhati-hati dengan insan sekeliling..bukan masa untuk aku resah memikir kenapa dia begitu membenci aku...setiap manusia ada hak untuk membenci...manusia ada hak untuk berkata apa saja..dan manusia ada hak untuk mempercayai..apa yang telah berlaku....
Sungguh...aku kecewa dengan peluang yang telah aku beri...kemaafan yang telah aku beri...dimana aku buang segala pra sangka buruk aku pada dia...sungguh aku tak sanga...dia membenci aku sejak dari mula berkawan....aku terduduk..aku bisu..terus sukar untuk percaya..apa yang selama ini lakonan semata-mata..tiada keikhlasan dalam masa bersahabat...apa yang dikata...hanya pemanis kata...aku sangat-sangat kecewa...
Tetapi..aku bersyukur...ada hikmah di sebalik kejadian Allah...masih ramai yang yang menasihati aku..masih ada sahabat yang gembirakan aku..masih ada insan yang memahami aku..dan masih ada manusia yang ikhlas dalam bersahabat...Terima kasih..aku bersyukur ada sahabat seperti kalian..walau aki diduga dengan insan sebegitu....
cuma..apa yang terlerai hari ini...luahan perasaan aku..betapa aku kecewa dengan wayang yang telah dimainkan selama ini..jika sifat benci itu boleh buat dia bahagia...aku doakan dia Allah sayangilah dia..wujudkan rasa kasih sayang dalam diri dia...sesungguhnya..sifat kasih yang telah Engkau beri pada setiap manusia..adalah sangat INDAH...berilah dia merasai kasih sayang dalam berkawan..bukan benci dan cemburu yang memayungi dia...Amin...
Doaku..semoga Allah ampuni dosaku..dan dosa sahabat-sahabatku...aku terlalu mengikut perasaan...wujudlah rasa cinta kasih aku...aku maafkan mereka....beri bahagia itu milik aku dan mereka...amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)