Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Thursday 9 June 2011

PERKARA YANG KEBANYAKAN SUAMI TAK SUKA ISTERI BUAT DAN PERKARA YANG ISTERI TAK SUKA SUAMI BUAT


Assalamualaikum...Hari nie kita kongsi lagi topic Suami dan Isteri..Ini kerana bagi yang telah berkahwin..tempoh masa perkahwinan ni kadang-kadang..kemanisan boleh menjadi kemasaman jugak...coz ada perkara yang bercanggah dengan prinsip hidup masing2..kadang-kadang apa yang kita impikan pada pasangan kita..memang menjadi MIMPI saje..memang dia tak leh nak lentur dah....dah jadi buluh betong pun..hohoho

So..kita berbalik kepada Perkara Yang suami tak Suka Isteri buat Dan Perkara Yang Isteri Tak SUKA Suami Buat..Adilkan aku kali ini..Info ini pun di petik dari FB jugak...so makna nya...Sharing is caring....Apa yang aku dedahkan ini mmg berlaku kat aku jugak..dan mungkin jugak kat tuan dan puan yek..jom layan info terbaek aku jumpe nie... 

Antara perkara-perkara yang kebanyakan suami tak suka isteri buat
Adakah anda isteri yang tergolong dalam golongan ini? 


(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 

1. Kacau suami yang sedang tengok tv 
Isteri: Abang tengah buat apa tu, mari lah tengok sini bang, gigi depan anak kita dah tumbuh.

2. Alihkan barang suami 

Suami: Yah,laptop abang atas peti sejuk ni mana Yah? janganlah alih-alihkan barang abang, susah abang nak cari.

3. Banyak bertanya, termasuklah bertanya perkara yang remeh-temeh
Isteri: Bang, abang rasa jerawat Mah atas hidung ni nak dipecahkan ke tak?

4. Memesan suami membeli barang dalam perjalanan pulang dari pejabat 
(lepas tu banyak sangat songehnya)
Isteri: Hello,bang, serbuk kunyit dah habis lah,abang tolong belikan ya, jangan lupa tau bang, , beli serbuk kunyit cap adabi ya jangan beli cap allagapas, tak kuning sangat. Eh satu lagi, ubat gigi pun habis. Beli jenama Geli, jangan beli Darlie, ingat tau bang.

5. Menceritakan rahsia suami kepada orang lain.
Isteri : Sebenornya suami saya tu banyak bisul kadang kadang tumbuh tang perut, kadang-kadang tumbuh tang punggung.

6. Ketawa dan bercakap kuat di telefon (terutama di hadapan orang ramai)
Suami: Awak kalau bercakap kat telefon suara macam raksaksa nak beranak. Malu saya.

7. Berpakaian selekeh 
Suami: Ini baju ke kelambu yang awak pakai ni?

8. Mengejut suami yang sedang tidur 
Suami: Awak ni, saya baru tidur 10 jam, awak dah kejutkan, kalau saya tak cukup tidur macam mana? Saya juga yang mengantuk.Kalau saya mengantuk, siapa yang susah,?awak juga yang susah.

9. Berleter siang malam, pagi petang 
Suami: Abang rasa baik Kiah masuk pertandingan pidato, mesti Kiah Johan
Isteri; Memang Kiah nak masuk ni, abang apa tau, Kiah penat tau, kiah bla,,,,bla,,,bla
(Bila nak habis da...)

10. Menghalang pandangan suami yang sedang menonton televisyen 
Suami: Amboi,cantiknya punggung dok tayang-tayang depan tv!

11. Membuka bungkusan barang di pasaraya
Isteri: Cepat bang, orang tak nampak, bukak le plastik baju ni cepat, ayang nak tengok. (isteri macam ni ade ye?)
12. Pergi rumah adik-beradik perempuan tak tau nak balik-balik 
Suami: Yam, abang rasa lain kali, bawaklah tilam batal kat rumah adik awak, senang, boleh cerita sampai pagi. 

Perkara-perkara yang kebanyakan isteri tak suka suami buat
Adakah anda suami dalam golongan ini?
(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 


1. Lepas makan tak basuh pinggan.
Isteri: "Hai, basuh pinggan pun tak boleh ke ayang, Jah dah lah penat masak.basuh pinggan sebiji pun berat sangat ke? kalau berat sangat nanti kita guna pinggan kertas"

2. Suka meletak barang merata-rata 
Isteri:"Semua tempat ada barang abang,stoking atas kabinet tv, tali leher atas meja makan. Cubalah abang letak tempat yang abang amik tadi.Anak buat kecah, abang pun buat kecah, rumah dah macam kapal karam"

3. Lempar tuala basah atas katil 
Isteri: "Masyaallah, abang ingat katil ni tepi pantai ke? habis basah cadar, apalah salahnya lepas guna tuala sangkut kat penyindai"

4. Kalau beli barang suruh isteri bayar dulu
Suami: "Sayang bayar dulu lah, abang tak sempat keluar duit, nanti bila ada duit abang bayar balik"

5. Malas nak layan pertanyaan anak-anak 
Suami: "Ayah tak tau, kau tanya mak kau."

6. Bila nak berjalan, suami dah ada dalam kereta -enjin kereta pun dah start 
Suami: Apa lagilah yang awak buat tu,cepatlah sikit, kalau lambat sanga awak naik bas la (padahal isteri tengah terkial-kial menyiapkan anak dan diri sendiri yang tak berapa nak siap-siap)

7. Endah tak endah apabila isteri meminta pandangan
Isteri: Abang,baju mana yang cantik bang, yang warna ni ke atau warna tu?
Suami: Mana-mana aje la, asal ada warna.

8. Suami yang asyik tidur.
Isteri: Bangunlah bang, abang tidur dah 48 jam, tak ingat nak makan ke?

9. Suami yang asyik tanya barang-barang sendiri kat isteri 
Suami: Yang, yang ada nampak tak kunci kereta abang?
Yang nampak tak wallet abang?
Butang baju abang mana Pah....

10. Suami yang terlalu melebih-lebihkan kawan sendiri daripada isteri 
Isteri: Abang ni, sehari tak jumpa atau telefon kawan abang Si Seman tu tak boleh ke? Kalau dah sayang sangat kat Seman tu, abang kawin ajelah ngan Seman tu. ( kalau kawan pompuan, ada berani ke cakap ini ayat? 


Ok...Macam mana babe..Adakah perkara berikut sudah tepu n normal dalam kehidupan rumahtangga korang?? mungkin kita perlu bertanya pada pasangan kita...apa yang dia tak suka kat kita...senaraikan kat papan peringatan kat dapor tu..maybe kita perlu buat satu kelainan dalam rumah tangga...buat pada satu sudut dinding , kalau kreatif lagi bagus...mintak pasangan setiap minggu senaraikan apa yang dia suka pada kita..dan tak suka apa yang kita buat...dan sebaliknya bagi pihak kita...disini kita boleh nampak dan jelas serta boleh perbaiki diri masing-masing demi kebahagian rumahtangga yang kita doakan..agar kebahagian ini berpanjangan hingga ke akhir hayat..insyaallah..kita hanya merancang...Allah yang maha Mengetahui....
 Kepada Kawan2..boleh jugak kita kongsi pendapat dan pandangan.."Apa yang perlu kita buat untuk menambahkan lagi KECERIAAN dalam rumahtangga kita...dah masuk 5 tahun nie...nak rasa macam baru kawen dulu...huhuhu


1 comment:

Danial Marzuki said...

wah dasyat la blog ni,
byk tips dikongsi..
bagus2..