Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Sunday, 28 August 2011

Raya di rumah Mertua

AssLamualaikum...apa kabar sahabat..semoga di kesempatan aku masih bernafas dan masih punyai perasaan memaafkan dan meinsafi setiap perkara yang berlaku..aku mohon maaf pada semua insan yang pernah aku sakiti perasaannya..selama aku bersikap sangat tidak kisah akan perasaan org..ampun kepada kalian semua..
Korang raya tahun ini dimana?? Aku giliran di Tepeng with luv la pulak..family aku di Ipoh juga tak berapa nak meriah..aku cube untuk meriah kan diri sendiri..kikiki...so untuk hari ini..kami hanya bersantai di Kg Pak Darus BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop

Monday, 1 August 2011

Wasatiah...

Assalamualaikum...ape kabar sahabat di luar sana...terlalu lama aku ambil masa tenang kan diri...kekeke...yg sebenarnya...tak ada perkara yang aku rasa nak kongsi ngan hangpa...ok la tue...tandanya..."tak sibuk hal org kan...tett...
Aku nak sentuh isu yang aku cuba nak berazam tahun nie.."BERWASATIAH" dalam apa saja perkara...maksud nya bersederhana dalam segala hal...termasuk la hal-hal orang...itu motto aku pada bulan ramadhan nih...boleh gitu???
"Apa pun boleh puan sal uitt"...bukan pa...bulan ramdhan nie..ayah aku masih dihospital HKL..mak setia menemani abah..aku rasa keghairahan seperti sebelum ini tiada...mungkin risau dengan keadaan abah...semoga abah cepat sembuh dan dapat menyambut aidilfitri di Ipoh...tak best la raya kat KL nih...
Dalam niat nak berwasatiah nih...baru pagi tadi dok cakap kat Mr.huby..." raya nie kita beli langsir kat ikea yg kita tengok tu yek"...Mr.Huby dengan muka tak bajet raya nie langsir umah akan bertukar pun menjawab.." untuk tingkap 3 panal saje dah 3 ratus...ishh...>>>...aku dah start muncung...dia pun jawab..." tunggu bonus..."..semua benda tunggu bonus...pas tue..aku terus kepada niat asal aku "BERWASATIAH puan Salwa...."
Kepada Mr.Huby...takpe la klu selalu baju raya i 2 pasang...dpt sepasang pun takpe...tapi baju anak-anak..i rasa nak kena tambah..kekekek....Hopefully aku dapat bersederhana dalam segala hal...misi untuk mulakan bisness sangat berkobar-kobar..aku akan cabar diri..untuk menambah pendapatan..aminn....

Tuesday, 19 July 2011

PeNaKuT...


Lirik Lagu Penakut – Yuna

Tak semua kau rancang kan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
tidak adil tidak adil baginya

kau tak penah cuba memahami aku
cinta kau ucap kau tak penah tunjuk
dan bila tiba saat aku kehilangan
beban yang tak penah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
ini tidak adil tidak adil bagiku
ini tidak adil untuk kau bertanya jika aku mencintaimu juga
ini bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku

Aku suka sangat lagu nie...banyak gelora dalam hati nya yang sukar untuk di ungkap..betapa berat untuk dia menyatakan hakikat..dan harus terima hakikat...lumrah kehidupan...semua orang akan merasa perasaan begitu...aku tak terlepas juga pernah di duga dengan perasaan begitu....
Apa yang boleh aku simpulkan dalam hakikat kehidupan yang pernah aku lalui dulu...CINTA ini biar dia datang dengan sendiri...RASA itu datang dari ALLAH..jika DIA mengkehendaki CINTA itu datang...biarkan cinta itu mengalir dengan sendiri..mereka sekeliling datang dengan tekanan...bagaimana kita hadapi itu sebagai usikan kata-kata...Betapa INDAH jika RASA itu ALLAH beri pada mereka yang telah ALLAH aturkan AKAD dan IJABNYA...percayalah ALLAH telah berimu pasangan yang terbaik buat mu..jika masih tidak ketemu..ketahuilah..ada yang lebih baik untuk mu...




Monday, 11 July 2011

PENGKIANAT KAWAN!!!!


Assalamualaikum...
Kali nie post aku..aku tuju khas kepada " penyampai Mohor Besar" a.k.a " penambah ajinamoto" harap korang paham perangai manusia yang sebegini hebat.Maksud aku perangai manusia yang dah nampak kawan dia sedang bersengketa..dia pulak jadi tukang sampai berita dan penambah berita..secara tak langsung..menambahkan lagi keruh keadaan yg sedia ada keruh..dari kawan tu nak baik..datang penghasut yang aku gelarkan dia " Penyampai Mohor Besar " kepada Sang Ratu Sanubari dia...
Kalau korang berada dalam situasi aku..korang tau tak orang tu aku bayangkan tu, dia seorg yang sangat tak amik tahu hal org..tapi dalam diam mata, telinga dan macam-macam yang ada kat anggota badan dia tu...terangsang kalau dengar apa sahaja cerita pasal aku..terus dia akan mengadap Sang Ratu Sanubari dia..lantas segala cerita dipersembahkan pada ratu kesayangan dia tu...boleh bayang tak betapa HINA manusia sebegitu...Depan kita dia mungkin manusia yang tak kisah pasal orang sekeliling...belakang kita..dia lah "Penyampai mohor Besar"..
dia mungkin jugak PENCINTA Blog aku...kikikikiki.....
Sebabnye aku rasa dia rajin pulak selak blog aku nak tahu cerita terkini...kot boleh jadi bahan...
So..kalau ko terasa ko itu orang yang aku maksudkan...so ko adalah antara senarai BFF yang aku dah delete..( BFF sangat la...plz yoe...)
Pada pandangan aku la...manusia yang suka jadi "Penyampai Mohor Besar" nie yoe...dia jenis manusia yang tak leh tengok Orang lain Bahagia atau happy....( ko jeles kan???)
Betui tak ko jenis manusia yang macam tue?? Sebab ko TAK BAHAGIA CAM ORG LAIN....Org mcm nie suka tengak orang berbalah...sebab tue KO TAK BAHAGIA...ko dah berjaya keruhkan keadaan..kenapa ko tak jadi manusia yang diamkan diri..dan jangan amik tahu hal orang lain...kan dah aku buat blog khas untuk ko..
Sekarang apa yang ko kena buat???...ko jangan nak keruhkan keadaan..ko hanya perlu DIAM...biarkan apa yang sedang berlaku...biar berlalu...( tu pun nak aku ajar ke??)
Aku tak tahu, kalau manusia ini, yang betul sedang berniat memang nak perlakukan perkara sebegitu terhadap aku..dan aku memang ikhlas pernah percaya pada dia..ketahuilah NILAI KEPERCAYAAN AKU SUDAH HILANG...tahu tak apabila NILAI KEPERCAYAAN sudah hilang...segala yang ko ungkap..semua DUSTA yang aku dengar..sebab ko pernah KIANAT kawan ko sendiri..Maka..BERBAHAGIALAH kau di sampingnya...huhuhuhu....
Ok. Aku dah buat post pada ko yang berjaya mengeruhkan keadaan mereka yang geloraA jiwanya..kalau ko suka...terima kasih la..ko dah glamer secara tak langsung....kalau ko BAHAGIA dengan cara begini TERUSKANLAH....TERUS UNTUK TIDAK BAHAGIAKAN ORANG..KERANA KO ADALAH GOLONGAN ORANG YANG TIDAK BAHAGIA...tettt.....



Saturday, 9 July 2011

Wayang semata-mata....

Assalamualaikum...sahabat yang ikhlas menyokong aku dan sentiasa bersama aku...terima kasih sahabat....Dah lama aku tak menulis..dan sebegitulah juga..pelbagai kisah terjadi dalam hidup aku...bagai ujian yang menduga...
Dalam seharian kita melangkah di bumi Allah ini..kita sering diduga dengan pelbagai kerenah manusia...di mana pementasan ini benar menjadikan mereka pelakon yang sangat hebat...sukar untuk dimengertikan...
Aku???...Ya...sifat keikhlasan aku dalam berkawan telah menjadikan aku lebih berhati-hati dengan insan sekeliling..bukan masa untuk aku resah memikir kenapa dia begitu membenci aku...setiap manusia ada hak untuk membenci...manusia ada hak untuk berkata apa saja..dan manusia ada hak untuk mempercayai..apa yang telah berlaku....
Sungguh...aku kecewa dengan peluang yang telah aku beri...kemaafan yang telah aku beri...dimana aku buang segala pra sangka buruk aku pada dia...sungguh aku tak sanga...dia membenci aku sejak dari mula berkawan....aku terduduk..aku bisu..terus sukar untuk percaya..apa yang selama ini lakonan semata-mata..tiada keikhlasan dalam masa bersahabat...apa yang dikata...hanya pemanis kata...aku sangat-sangat kecewa...
Tetapi..aku bersyukur...ada hikmah di sebalik kejadian Allah...masih ramai yang yang menasihati aku..masih ada sahabat yang gembirakan aku..masih ada insan yang memahami aku..dan masih ada manusia yang ikhlas dalam bersahabat...Terima kasih..aku bersyukur ada sahabat seperti kalian..walau aki diduga dengan insan sebegitu....
cuma..apa yang terlerai hari ini...luahan perasaan aku..betapa aku kecewa dengan wayang yang telah dimainkan selama ini..jika sifat benci itu boleh buat dia bahagia...aku doakan dia Allah sayangilah dia..wujudkan rasa kasih sayang dalam diri dia...sesungguhnya..sifat kasih yang telah Engkau beri pada setiap manusia..adalah sangat INDAH...berilah dia merasai kasih sayang dalam berkawan..bukan benci dan cemburu yang memayungi dia...Amin...
Doaku..semoga Allah ampuni dosaku..dan dosa sahabat-sahabatku...aku terlalu mengikut perasaan...wujudlah rasa cinta kasih aku...aku maafkan mereka....beri bahagia itu milik aku dan mereka...amin...

Thursday, 23 June 2011

Awas!! Jika Anda Sering Memukul Anak







Assalamualaikum...Sahabat-sahabat yang sentiasa cermelang dalam hidup.....kali ini aku nak berkongsi post aku berkaitan Kesan apabila kita kerap memukul anak.


Aku juga tak terlepas daripada secara tak langsung...telah memukul anak dan aku rasa tiada beza selepas aku memukul anak aku. Aku juga korang juga bersetuju dengan aku...kerana dari survey yang aku sendiri buat....anak zaman sekarang memang tak makan saman...termasuk la anak aku.Aku tengok lagi lain macam adala...huhuhu


Aku pun menggunakan teknologi yang ado...Aku search..dan aku rasa ada beberapa perkara yang kita boleh kongsi di sini....teruskan membaca...



SEBAGAI ibu bapa apakah sikap yang anda mahu ada pada anak, pembengis atau penyayang? Sebenarnya kedua-dua sikap ini bergantung kepada sikap ibu bapa itu sendiri pada anak.
Ini kerana kajian menunjukkan kanak-kanak berumur setahun yang sering dipukul (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.
Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.
Walaupun ibu bapa menganggap 'pukulan kecil' itu tidak mendatangkan mudarat kepada anak-anak, namun kajian mengesahkan pukulan kepada anak sekecil usia setahun mendatangkan kesan negatif kepada pembesaran tubuh dan minda mereka.

"Usia setahun adalah tempoh yang paling penting dalam mewujudkan kualiti hubungan antara ibu bapa dan anak-anak," jelas Lisa J. Berlin, seorang saintis penyelidik di Pusat Kanak-kanak dan Polisi Keluarga di Universiti Duke, Amerika Syarikat.
Tambah Berlin, pukulan kepada anak-anak sekecil usia setahun akan menjadikan mereka kanak-kanak yang agresif seiring penambahan usia mereka.
Hasil kajian Berlin telah diterbitkan pada sebuah jurnal Pembangunan Kanak-Kanak keluaran September/Oktober tahun ini.
Berlin dan kumpulan penyelidiknya merujuk kepada data yang diperoleh dari 2,500 responden yang terdiri daripada bangsa kulit putih dan hitam yang berasal dari keluarga berpendapatan rendah.
Menghukum dengan pukulan
Kaji selidik terbabit turut melaporkan tanggapan ibu bapa tentang kerenah anak-anak mereka dan mengapa mereka memilih untuk menghukum anak dengan pukulan
.



Berlin juga memilih beberapa pemerhati terlatih untuk melakukan lawatan di rumah responden terbabit bagi merekodkan cara interaksi antara ibu bapa dengan anak-anak yang berusia 1, 2 dan 3 tahun.
Kira-kira satu pertiga ibu kepada anak berusia setahun memberitahu, dalam seminggu mereka pasti akan memukul anak mereka sekurang-kurangnya sekali kerana kesalahan kecil yang dilakukan anak tersebut.


Setelah data dikumpul, Berlin mendapat keputusan bahawa kanak-kanak berusia setahun pasti akan dipukul sebanyak 2.6 kali seminggu, manakala kanak-kanak berusia dua tahun pula tiga kali seminggu.


Kajian tersebut turut menunjukkan kanak-kanak yang dipukul seawal usia setahun menjadi semakin nakal pada usia dua tahun dan apabila menjelang usia tiga tahun mereka tidak menunjukkan perkembangan yang baik terhadap daya pemikiran mereka.
Berlin dan rakan-rakan penyelidiknya juga melihat kepada impak hukuman seperti menengking, menjerit atau membebel dengan bahasa yang kurang sopan terhadap anak-anak.
Dan hasil kajian menunjukkan hukuman 'secara lisan' itu tidak bersangkut paut dengan impak negatif jika ibu tersebut sering memberikan perhatian, kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak mereka.
Kajian terdahulu juga melaporkan tabiat memukul anak sering berlaku kepada keluarga berpendapatan rendah.
Kajian tersebut turut menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengadu mereka memiliki anak-anak yang amat cerewet akan terus menghukum anak dengan pukulan sejak anak berusia setahun hinggalah tiga tahun. Tetapi apabila anak yang berusia dua tahun bertindak agresif, si ibu lazimnya mula kurang memukul anak tersebut.



"Mungkin anak-anak yang berusia dua tahun sudah menjadi semakin agresif jadi ibu semakin sukar mengawal sekali gus mereka kurang memukul anak tersebut, tapi itu bukanlah fakta yang kami temui sebenarnya.
"Adat memukul anak ketika mereka buat salah memang telah lama dilakukan oleh generasi terdahulu, tetapi keadaan tersebut semakin berkurangan seiring perubahan zaman.


"Begitu pun memang masih wujud golongan yang mempercayai bahawa pukulan adalah cara yang terbaik mendidik anak kerana mereka juga melalui fasa yang sama ketika kecil, maka sebab itulah tiada salahnya mereka meneruskan tradisi tersebut," ujar Berlin.


Sering dipukul akan menjadi pemukul!!!!


Sementara itu, Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin, Elizabeth T. Gershoff, berkata, kajian menunjukkan tubuh kanak-kanak yang sedang membesar memang tidak sesuai menerima hukuman pukulan.
"Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut, ia hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka," jelas beliau.
Tambah Gershoff, lebih kerap anak kecil itu dipukul semakin berisiko untuk didera oleh ibu bapa.
"Saya tidak mengatakan setiap ibu bapa yang memukul anak-anak itu mendera namun risikonya tetap ada," ujar Gershoff.
Kanak-kanak secara semula jadinya akan belajar menerusi apa yang mereka alami dan lihat pada persekitaran, jadi mereka juga akan membesar menjadi seorang yang pembengis - HealthDay News.

Apa macam??? sekarang kalian rasa adakah dengan memukul anak, anak kita akan menjadi lebih baik..aku rasa anak mungkin akan jadi seorang yang pendendam...mungkin kita boleh guna pendekatan dengan memujuk. tapi aku pernah buat juga...kadang2..kita tak sedar..kita terus tampar or cubit dia. Setelah itu, aku lihat kesan nya..anak aku akan tampar adik dia seperti mana ibu tampar abang Long..Dari situ aku dah nampak...aku tak boleh menghukum dengan memukul...


Semoga kita dapat iktibar dan ilmu bersama...terima kasih kepada yang sudi berkongsi...jika kalian ada pandangan dan nasihat..boleh komen di bawah...saya amat alu-alukan pandangan dan nasihat anda untuk tidak terus membuat silap...














Wednesday, 22 June 2011

Orang-Orang Yang Sensetif...

Assalamuaalaikum.....
      Apa khabar member-member yang sentiasa menyokong aku...korang baca..tanda korang sokong la penulisan aku..hehhe tq dear..
      Aku hari nie tak bagi tip..cuma nak mencurahkan sedikit pandangan dan rasa hati aku yang sememangnya berbeza dengan orang lain....Antara tercetusnya blog aku nie pun dari sebab orang-orang yang sangat sensetif...sehingga terkeluar dari fikiran aku " perlu ke sangat nak jaga hati perasaan dia??"..sampai nak bercakap..aku kena susun ayat..tanya hubby...terasa ke kalau i cakap begitu..begini...?? perlu sangat ke kerana dia kita kena putaqq sikap kita kerana nak sangat menjaga hati dia...
     Ok. disini aku terangkan " Menjaga Hati " dari pandangan aku.. kalau aku nak berkata first aku akan perhatikan :-

  • Peribadi sesorang itu.
Kalau aku tak kenal dia..aku akan amik masa untuk scan or baca pergerakan dia..tengok dia jenis org yang macam mana...aku tak kan suka-suka nak cakap atau bergurau dengan dia...

  • Orang itu aku hormat : Boss, Mak Abah , Suami DLL yang patut aku hormati
Aku tak kan cakap lepas kalau orang tue memang boleh pindahkan aku ke department lain kalau aku kuanq ajaq..aku pun waras lagi babe....

  • Pada aku, Aku suka orang yang flexible...
Aku suka orang yang boleh tolak ketepi..ke tengah...maksud aku..kita boleh bergurau...dia pun open minded..aku juga cuba untuk jadi orang yang flexible...semua orang suka berkawan dengan kita..coz kita boleh terima gurauan...Aku rasa semua orang suka kan...

  • Kalau aku rajin..aku akan tanya No. IC dia dan aku start buat pengiraan Tarikh lahir dia..
Kalau aku rajin la...Dari seminar Dr. Azizan yang aku dah pegi...aku akan buat...kalau dia jenis sensetap..aku akan jauhkan diri..dan tak kan berkawan baik..kawan ala kadar jer..coz aku tak nak kerana dia tak paham personaliti aku...dah jadi kes..antara senarai BFF yang telah aku remove kan...aku pun tak suka babe...kejam dah tahap remove....tapi aku tulus kan....tettt

Aku tak bangga aku buat blog..aku cakap lepas..aku cuma tercetus setelah aku jumpa orang yang sensetif dan aku tak larat nak jaga hati orang yang begitu...so..blog ini memang untuk aku cerita apa sahaja yang ada pada fikiran aku..untuk aku rasa tak salah kalau akau berterus terang..tidak jadi bermuka-muka...itu aku kata betapa aku terlalu TULUS dalam berkata..sampai orang tak boleh terima pandangan aku kan....

Itu sahaja yang aku terpikir..untuk yang baru mengenali aku...Puan Salwa nampak je garang...( tp boss aku pun kata aku garang..macam mana nie...) kalau kawan-kawan yang kenal aku secara peribadi..korang tau..aku jugak sangat sensetif kan....tapi aku cuba untuk tidak terlalu sensetif...jangan terbawak sangat dengan jiwa kacau itu...
    Setiap orang ada pandangan tersendiri...aku cuba jaga sensetiviti orang..tapi kalau semua perkara take serius...korang follow la http://www.blogpalingserius.blogspot.com/ ...itu memang untuk korang ( tapi tak serius pun..hehhehe)...
   Penghujung kata...aku mohon maaf pada yang sensetif pada kata-kata aku...tak salah cakap lepas..cuma orang yang dengar tu..jangan nak serius sangat...aku kalau nak cakap lepas pun kat kawan-kawan yang kenal sangat Puan Salwa...aku pun tau jugak nak bercakap tengok tempat....tettt.....