Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Monday 30 May 2011

DaLiNg-DaLiNg

Assalammualaikum kawan-kawan yang maybe aku pun tak kenai korang..semoga berada dalam keadaan waras dan situasi yang tak berapa nak bosan..hari ni aku nak berkongsi sedikit info dan sejarah mengenai TARIAN DALING-DALING..yang di perkenalkan kawan aku yang berasal dari Sabahan...
Ini adalah projek kami untuk mengadakan persembahan pada malam mesra cawangan jalan JKR..( Hopefully dinner ini menjadi..hohoho) so..baca la info yang aku perolehi sebelum aku menghayati tarian yang unik ini...


MENGIKUT sejarahnya, tarian Daling Daling sebenarnya berasal dari Sepanyol. Ia dipercayai diperkenalkan oleh tentera Sepanyol kepada penduduk Filipina. Akibat pengaruh yang dibawakan tentera Sepanyol, kini tarian Daling Daling menjadi tarian bagi kaum Sulu yang tinggal di Tawau.

Alat muzik yang digunakan ialah 'gabbang' dan dua bilah kayu yang disebut 'bolak-bolak'. Daling-Daling di tarikan secara berpasangan, masing-masing tiga penari lelaki dan wanita. Ia dipersembahkan di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis Hari Raya. Penari wanita memakai 'destar' yang disebut 'pies'.


Manakala, jari mereka pula dihias dengan kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa, kuku itu dinamakan janggal.

Selain terkenal di kalangan suku kaum Sulu, tarian Daling Daling juga adalah tarian tradisional yang cukup terkenal bagi suku kaum Bajau.

Tarian Daling Daling biasanya dipersembahkan dengan iringan pukulan 'gabbang' dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakan kaki penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.
 Ada sesetengah yang berpendapat bahawa tarian adalah tarian asal suku kaum Bajau di Daerah Semporna, sebaliknya ia dibawa oleh orang-orang Suluk dari Kepulauan Mindanao selepas mendapat pengaruh tentera Sepanyol.
 Pertumbuhan dan percampuran antara masyarakat Bajau dan Suluk mengakibatkan begitu kuatnya pengaruh tarian ini.
 Sementara itu, dipercayai juga perkataan Daling Daling adalah berasal daripada perkataan Inggeris 'darling' yang bererti kekasih. Tarian ini adalah tarian hiburan yang unik di majlis khusus dan istimewa di mana penari lelaki dan perempuan akan berbalas pantun sambil menari.


Korang boleh jugak tengok video or nak karok pun leh gak...ini adalah pengalaman baru bagi aku dan kawan-kawan yang jugak turut "babu-babu" bagi menjayakan projek kami ini..korang semua memang sempoi la..SYABAS!!!!

No comments: