Apa yang tertulis..adalah kata pendita ratu..yang aku namakan ia...TULUS....



Thursday, 9 June 2011

PERKARA YANG KEBANYAKAN SUAMI TAK SUKA ISTERI BUAT DAN PERKARA YANG ISTERI TAK SUKA SUAMI BUAT


Assalamualaikum...Hari nie kita kongsi lagi topic Suami dan Isteri..Ini kerana bagi yang telah berkahwin..tempoh masa perkahwinan ni kadang-kadang..kemanisan boleh menjadi kemasaman jugak...coz ada perkara yang bercanggah dengan prinsip hidup masing2..kadang-kadang apa yang kita impikan pada pasangan kita..memang menjadi MIMPI saje..memang dia tak leh nak lentur dah....dah jadi buluh betong pun..hohoho

So..kita berbalik kepada Perkara Yang suami tak Suka Isteri buat Dan Perkara Yang Isteri Tak SUKA Suami Buat..Adilkan aku kali ini..Info ini pun di petik dari FB jugak...so makna nya...Sharing is caring....Apa yang aku dedahkan ini mmg berlaku kat aku jugak..dan mungkin jugak kat tuan dan puan yek..jom layan info terbaek aku jumpe nie... 

Antara perkara-perkara yang kebanyakan suami tak suka isteri buat
Adakah anda isteri yang tergolong dalam golongan ini? 


(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 

1. Kacau suami yang sedang tengok tv 
Isteri: Abang tengah buat apa tu, mari lah tengok sini bang, gigi depan anak kita dah tumbuh.

2. Alihkan barang suami 

Suami: Yah,laptop abang atas peti sejuk ni mana Yah? janganlah alih-alihkan barang abang, susah abang nak cari.

3. Banyak bertanya, termasuklah bertanya perkara yang remeh-temeh
Isteri: Bang, abang rasa jerawat Mah atas hidung ni nak dipecahkan ke tak?

4. Memesan suami membeli barang dalam perjalanan pulang dari pejabat 
(lepas tu banyak sangat songehnya)
Isteri: Hello,bang, serbuk kunyit dah habis lah,abang tolong belikan ya, jangan lupa tau bang, , beli serbuk kunyit cap adabi ya jangan beli cap allagapas, tak kuning sangat. Eh satu lagi, ubat gigi pun habis. Beli jenama Geli, jangan beli Darlie, ingat tau bang.

5. Menceritakan rahsia suami kepada orang lain.
Isteri : Sebenornya suami saya tu banyak bisul kadang kadang tumbuh tang perut, kadang-kadang tumbuh tang punggung.

6. Ketawa dan bercakap kuat di telefon (terutama di hadapan orang ramai)
Suami: Awak kalau bercakap kat telefon suara macam raksaksa nak beranak. Malu saya.

7. Berpakaian selekeh 
Suami: Ini baju ke kelambu yang awak pakai ni?

8. Mengejut suami yang sedang tidur 
Suami: Awak ni, saya baru tidur 10 jam, awak dah kejutkan, kalau saya tak cukup tidur macam mana? Saya juga yang mengantuk.Kalau saya mengantuk, siapa yang susah,?awak juga yang susah.

9. Berleter siang malam, pagi petang 
Suami: Abang rasa baik Kiah masuk pertandingan pidato, mesti Kiah Johan
Isteri; Memang Kiah nak masuk ni, abang apa tau, Kiah penat tau, kiah bla,,,,bla,,,bla
(Bila nak habis da...)

10. Menghalang pandangan suami yang sedang menonton televisyen 
Suami: Amboi,cantiknya punggung dok tayang-tayang depan tv!

11. Membuka bungkusan barang di pasaraya
Isteri: Cepat bang, orang tak nampak, bukak le plastik baju ni cepat, ayang nak tengok. (isteri macam ni ade ye?)
12. Pergi rumah adik-beradik perempuan tak tau nak balik-balik 
Suami: Yam, abang rasa lain kali, bawaklah tilam batal kat rumah adik awak, senang, boleh cerita sampai pagi. 

Perkara-perkara yang kebanyakan isteri tak suka suami buat
Adakah anda suami dalam golongan ini?
(Disertakan dialog spontan isteri atau suami) 


1. Lepas makan tak basuh pinggan.
Isteri: "Hai, basuh pinggan pun tak boleh ke ayang, Jah dah lah penat masak.basuh pinggan sebiji pun berat sangat ke? kalau berat sangat nanti kita guna pinggan kertas"

2. Suka meletak barang merata-rata 
Isteri:"Semua tempat ada barang abang,stoking atas kabinet tv, tali leher atas meja makan. Cubalah abang letak tempat yang abang amik tadi.Anak buat kecah, abang pun buat kecah, rumah dah macam kapal karam"

3. Lempar tuala basah atas katil 
Isteri: "Masyaallah, abang ingat katil ni tepi pantai ke? habis basah cadar, apalah salahnya lepas guna tuala sangkut kat penyindai"

4. Kalau beli barang suruh isteri bayar dulu
Suami: "Sayang bayar dulu lah, abang tak sempat keluar duit, nanti bila ada duit abang bayar balik"

5. Malas nak layan pertanyaan anak-anak 
Suami: "Ayah tak tau, kau tanya mak kau."

6. Bila nak berjalan, suami dah ada dalam kereta -enjin kereta pun dah start 
Suami: Apa lagilah yang awak buat tu,cepatlah sikit, kalau lambat sanga awak naik bas la (padahal isteri tengah terkial-kial menyiapkan anak dan diri sendiri yang tak berapa nak siap-siap)

7. Endah tak endah apabila isteri meminta pandangan
Isteri: Abang,baju mana yang cantik bang, yang warna ni ke atau warna tu?
Suami: Mana-mana aje la, asal ada warna.

8. Suami yang asyik tidur.
Isteri: Bangunlah bang, abang tidur dah 48 jam, tak ingat nak makan ke?

9. Suami yang asyik tanya barang-barang sendiri kat isteri 
Suami: Yang, yang ada nampak tak kunci kereta abang?
Yang nampak tak wallet abang?
Butang baju abang mana Pah....

10. Suami yang terlalu melebih-lebihkan kawan sendiri daripada isteri 
Isteri: Abang ni, sehari tak jumpa atau telefon kawan abang Si Seman tu tak boleh ke? Kalau dah sayang sangat kat Seman tu, abang kawin ajelah ngan Seman tu. ( kalau kawan pompuan, ada berani ke cakap ini ayat? 


Ok...Macam mana babe..Adakah perkara berikut sudah tepu n normal dalam kehidupan rumahtangga korang?? mungkin kita perlu bertanya pada pasangan kita...apa yang dia tak suka kat kita...senaraikan kat papan peringatan kat dapor tu..maybe kita perlu buat satu kelainan dalam rumah tangga...buat pada satu sudut dinding , kalau kreatif lagi bagus...mintak pasangan setiap minggu senaraikan apa yang dia suka pada kita..dan tak suka apa yang kita buat...dan sebaliknya bagi pihak kita...disini kita boleh nampak dan jelas serta boleh perbaiki diri masing-masing demi kebahagian rumahtangga yang kita doakan..agar kebahagian ini berpanjangan hingga ke akhir hayat..insyaallah..kita hanya merancang...Allah yang maha Mengetahui....
 Kepada Kawan2..boleh jugak kita kongsi pendapat dan pandangan.."Apa yang perlu kita buat untuk menambahkan lagi KECERIAAN dalam rumahtangga kita...dah masuk 5 tahun nie...nak rasa macam baru kawen dulu...huhuhu


Wednesday, 8 June 2011

8 Perkara Perlu Di RAHSIAKAN dari SUAMI....

Assalamualaikum....
  Fuhh...Tajuk aku nie mesti para-para suami kat luar sana jadi cemas..pa pulak minah nie bagi tip lagu nie...terutama En.HZ..tetibe ralit ngadap blog aku nie....nak tau benor ape yg org umah aku rahsia sgt nie....
    Aku balek majalah mingguan wanita minggu nie...sub tajuk nie buat duit aku tertarik-tarik suh beli majalah nie...aku pun exited gak nak tau..apa yang perlu sangat aku rahsiakan dari suami aku..aku rasa lebih dari 8 perkara aku rahsiakan dari en.suami nie...ok kita terus pada agenda kita...jom simpan rahsia bersama Puan Salwa :-

8 PERKARA YANG ANDA KENA RAHSIAKAN DARI SUAMI ANDA


1) Rasa Tidak Suka Pada Keluarga Dia..


Aku pun rasa benda macam nie tak perlu la kita nak habaq..coz bab-bab darah daging nie kira sensetap gak bagi setengah pasangan...aku pun sensetap gak klu org lain cakap hal tak baik pada family kita...ok...so kita jangan bagi pasangan sensetap la yek...


2) Kenangan Bersama Bekas Kekasih


Ha...nie mmg bahaya...tok sah la cete...tapi kes aku byk sgt bekas kekasih...dia pun malas nak amik tau..coz dia tau..Puan Salwa tak pernah serius...coz i SERIUS pada CINTA yang Satu...En.HZ je la...hohoho...ayat tak bleh blahh...


3) Masalah Keluarga


Bab nie..kadang-kadang aku cete gak...coz dah tak da cete...ooo...rupenye tak elok yek...cete hal keluarga...comfirm pas nie dia dah lama tak dengar gossip liar i...


4) WANG SIMPANAN


Yang nie memang pesanan org tua2...org yang pernah hadapi masalah rumah tangga akan bagi nasihat ini..."SIMPAN DUIT UNTUK PERKARA YANG TIDAK KITA SANGKAKAN"..kita tak harap perkara itu terjadi..tetapi kita ada something yang boleh buat kita bangkit dari jatuh terduduk itu..ini memang sangat penting...SIMPAN DUIT ANDA SENDIRI!!!!!


5) Sifat Buruk


Sifat buruk nie...kita tak yah lah nak cerita..kalau kita suka kentut kuat2 bagi puas ke...suka korek hidung masa drive ke..bg felling masa memandu ke...tido menonggeng ke..tak yah la nak cete...bak kata Dato' CT.."Biarlah Rahsia"...~~bior dia tgk aje tabiat burok ko tue~~..tettt


6) KOS PERBELANJAAN PERIBADI


Haa...nie aku suke...perangai aku dari bujang sampai dah kawen mmg tak suke cerita apa yang aku telah beli..dan berapa duit yang telah abis...cume bila duit dah takda sangat..kita mintak duit "petty cash" dia...baru kita bg tau..."i abis duit beli kasut, ayat solek, baju anak, baju kecik ibu, bedak jenama revlon..seperti yang u tau..semua barang tu mmg harga bernilai tinggi"..hohoho...
aku akan cube sorokkan kasut n baju yang telah dibeli..sampai dia sendiri perasan..tapi selalu benda dah lama baru dia tanya...so ayat kita boleh la bagi .." dah lama la i beli u...u aje baru tgk i"...so..awok selamat la dari terima bebelan dia..tett....


7) Kata Laluan


Emm...nie mmg dia tak tau kot..tapi aku tau kod kata laluan dia...bukan ape..kita mmg keje memantau....nama pun dok ibupejabat jkr malaysia,...mmg koje teman nie memantau aje..kat opis pantau projek..kat umah pantau la aktiviti dia..keselamatan untuk jangka panjangkan..kita sayang la tu namanya.....


8) Rahsia teman


Ok..yang terakhir...rahsia teman...aku cerita gak kat dia..coz dia pun jenis " ada aku kisahh"...dia pun dengar cete aku pun esok mesti tak hingat klu aku tanya kot..coz dia tak amik pusing...so..kawan-kawan ku...jangan risau...rahsia korang my huby tak cete kat org lain..klu korang dengar cete tue..maybe dari mulot danish...coz dia pasang telinga jugak..tettt....


Kepada En.HZ..kalau anda terasa hati..habaq mai la..nanti i delete entry i nie..klu u rasa i nie penuh ngan rahsia..yang lebih dari 8 tue...1 hari akan berkurangan jugak...hahhaa...Jangan marah yek en.suami-suami seluruh dunia..ini hanya picisan coretan dari tangan dan pendirian seorang wanita yang bernama isteri...sifat saling berbincang dan bertolak ansur asas menjamin keharmonian rumahtangga...semoga rumahtangga kita sentiasa dirahmati oleh_Nya...dan semoga anda menjadi Isteri dan Suami yang terhebat kepada pasangan anda...Adioss.....

Alasannya adalah.....

Assalamualaikum...
     Terima kasih lah pada yang dah hayati n dengar lagu syahdu aku tue..disebabkan syahdu aku pun dah hilang..mood happy pun dah tibe....so cerita jadi tak berana nak sedih la...awat aku nangis kat trafic light tue...
Balik umah sambil bersantap ngan En.HZ pun..dia dok tya...pe story yg i tangkap syahdu kat trafic light tu??..may be dia pun nak jadi org pertama yang tau kot...jeng..jeng...aku pun suh dia nantikan entry terbaru aku...mana leh habaq...
    Ok la...kesimpulan dari tangisan aku kat trafic light tu coz tetibe mak tersentapp...terfikir bait-bait lagu....di adaptasi ke dunia realiti aku...aku terfikir yang aku bukan lah wife yang sempurna..ibu yang baik...kawan yang disukai ramai...aku tak matang dlm hal-hal rumah...aku rasa aku tak sempurna pada mata org yg hampir ngan aku..tu aku nangis kot...aku rasa aku tak jadi mcm yang org terdekat aku impikan...so aku sedih..., aku pun sibuk ngan bisnes, fb, n update blog...so..adakah orang yang crazy berblog itu banyak perkara yang dia abaikan?? dek kerana bz ngan dunia maya dia??? adakah anda jugak begitu....kongsikan rasa happy anda apabila berblog...??? cer cete...cer cete....aku nantikan cerita sapa paling happy masa berblog...

Tuesday, 7 June 2011

The Reason



"The Reason"

I'm not a perfect person
There's many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
Thats why i need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is You

and the reason is You [x3]

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
and the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
 



Assalamualaikum...


Aku nak share setiap bait-bait lagu nie ..lirik nie...dengan korang semua....
Lagu nie mmg banyak kenangan pada aku.
Aku suka lirik dia..semalam tengah aku dengar dalam keta ( nak pi keja)..aku syahdu sekejap...feeling lebih pulak...tak sangka aku menangis kat traffic light...masa tengah feeling lebih la....
    Nak tau kenapa aku nangis...kita sambung nanti...coz aku ada koje nak kena siapkan...for u olls...dengar dan hayati lagu nie.....

Adios...
  

Sunday, 5 June 2011

Malam Mesra


ASSALAMUALAIKUM....para bloggers yang tak reti nak tido macam aku nie...fuhzz...babe...Aku di tugaskan untuk buat posters...u olls tau..aku nak pecah usus pikir nak buat poster..coz aku kalau melukis free hands..boleh la...nak grafik nie...lomah lutut den....dah seminggu macam gilers dok pikir..posters for mlm mesra...ni adalah idea paling hampeh dan paling malas nak pikir yang aku siap kan malam nie...aku rasa macam nak serah tugas jak...tapi aku tau tak da sapa nak buat..nie pun aku galas nak amik tugas nie..setelah semua berdiam..last2 aku nak cepat abiskan meeting..aku serah diri..hulur tengkuk...mintak sembelih....tett...
Posted by Picasa

Seorang First Aider..Satu Keluarga..

Assalamualaikum...hai babe...hari nie aku nak story mori isu yang HOT bagi parents hari nie...Akbar muka depan..BAYI 6 BULAN TERCEKIK SUSU...aku yang ada anak berumur 9 bln tetibe bersimpati pada keluarga berkenaan...lepas tgk berita semalam..ibu mangsa pula adalah SAHABAT suami aku..lagi la buat aku terpanggil nak share skit apa yang perlu anda lakukan jika bayi anda tercekik???

JIKA BAYI TERCEKIK...ANDA PERLU..


1. Sangat penting..ANDA JANGAN PANIC!!
cool n ikuti langkah berikut :
2. Anda mestilah duduk dan tangan kiri memegang anak anda pada posisi menerap( tangan kiri di leher anak )..dan tangan kanan tolak dari belakang ke depan sebanyak 5 kali..condongkan sidikit kedudukan bayi anda..seperti gambar yang aku copy kat internet nie :






3. Kemudian kembalikan kedudukan anak kehadapan dengan dua jari anda menekan dada( ulu hati0 bayi sebanyak 5 kali kiraan...ingat..jangan sekali anda jolok jari anda kedalam mulut bayi...ini mungkin menyebab kan benda tersebut masuk kembali ke dalam...( ulangi jika perlu..klu tak kuar lagi benda yang tercekik tue..)
seperti di gambar :




Jika perlu beri bantu CPR...tekan dada bayi 5 kali kiraan dan hembus di hidung dan mulut bayi..jangan sekali picit hidung seperti org dewasa..
 Aku amat berbesar hati kalau kerajaan kita mengambil inisiatif seperi negara Korea yang mengadakan pembelajaran kepada kanak-kanak pra-sekolah tentang pentingnya bantuan kecemasan pertama..aku harap parents,PIBG sekolah,NGO dan kerajaan malaysia peka terhadap isu pentingnya bantuan kecemasan..semua manusia perlu tahu basic BOFA dan CPR..




Aku jugak seorang First Aider Yang Mendaftar..hohoho...



Friday, 3 June 2011

KeCeWa Dan HaRaPan...

Assalamualaikum...Sahabat Sejati..anda dirahmati dengan rezeki ilahi...aku disini mengharap doa semoga kita di dikurniakan keceriaan hidup yang hakiki...( ayat tak leh blah...)
  Okey la geng...hari nie nak cete ttg KEKECEWAAN DAN PENGHARAPAN.. dari sebuah persatuan yang kita wujudkan dan mahu menghidupkan objektif sebenar kelab yang kita tubuhkan ini....eeemmm tak nak la cete detail ttg kelab nie..nak cete nama penuh pun mcm takut jer..hehhehe takpe la untuk pengetahuan..Kelab KESUJA ( Kelab Sukan Dan Kebajikan Cawangan Jalan) Hari nie baru diadakan mesyuarat agong kali pertama setelah sekian lamanye diam tanpa sesiapa yang bersuara....
    So..cete yang nak tulis...TIADA SAMBUTAN DARI GOLONGAN BELIA DAN OTAIMER ...disappointed..tett...betapa besar harapan aku sebagai golongan baru..semangat baru...pada aku persatuan melambangkan bagaimana hubungan kita bersatu dalam apa sahaja perkara...bersatu dalam kesukanan..kebajikan...terlalu banyak yang boleh diperolehi dalam sesuatu persatuan...sifat manusia yang memandang remeh dan berkira dalam semua perkara...betapa Bosan nye HIDUP ...setiap hari perkara yang sama...BoSAn..BORINg...tak happening langsung..HIDUP TIADA CABARAN...( der..aku rasa...aku dah ke laut dah nie...)

   Harapan aku pada kelab KESUJA dan Perlantikan AJK yang kita pilih ini..akan menghidupkan dan menceriakan kelab KESUJA ini..apa yang kita perjuangkan ini..akan berbaloi dengan matlamat kita...
besar harapan aku untuk melihat persatuan ini aktif seperti yang telah kita rencanakan...terima kasih pada yang positif dan sokongan yang telah diberikan.....

Sekitar Mesyuarat Agong KESUJA


Antara AJK yang dipilih....